Thursday 18 July 2013

Bedak Arab...Hasil terbaik

Assalamulaikum...


Aku bukan jenis insan yg suka nak membeli online atau produk yg x taw keberkesanannya.Memang xkan beli.Tapi sebabkan kesiankan kawan aku aku terbeli bedak Arab ni.sebab dia ckp boleh bawa solat dan jugak ikut kaler darah dan boleh rawat kulit sekali.

Masa aku beli ni aku peram dekat sebulan kot..sampi lupa letak mana.Pastu masa bedak compact aku habis..dan kebetulan masa tu poket tgh kering tgh bulan plak tu...aku korek2..selongkar jumpa bedak arab ni.Aku test pakai selama seminggu..dan Alhamdulillah sangat sesuai ngan kulit aku,Muka x berminyak,Nampak flawless,Kulit x sekata pon da x der..Walau muka berpeluh ..x bertampok2 macam pakai bedak yg mahal tu..Sejak pada tu aku teruskan sampai la sekarang..jimat sesangat..sebab dia  tahan lama.rege aku beli RM60.00 dr member aku.

Sekarang ni byk orang jual online..kalo korang berkenan , google je melambak2 orang jual..tapi pastikan yg original la.kang beli yg tiruan..muka korang pon jadi tak keharuan nanti .hehehehe.Kawan (ex-officemate) aku pon jual gak..korang bukak je page SAYA SUKA BEDAK ARAB.korang tanya la sendiri ngan dia.

ni gambor dia aku ambik dr Fb kawan aku.

Cara 2 guna..

  1. Cuci muka sebelum guna
  2. Kalo korang nak guna pelembab ke toner ke pakai ler
  3. Aku guna Safi Rania BB krim ngan Safi Rania Serum je..(sapu nipis je)
  4. Basahkan Sponge...perah sket..(jgn mcm nak basuh pinggan la basahnye)
  5. Sapukan pada bedak arab tu..the apply kat muka korang
  6. Biarkan bedak tu kering dan meresap..Siapp..pastu lantak korang la nak letak eye shadow ke,blusher ke,janji jangan jadi mcm burung hantu  sudah...hehehehe
  7. Sponge tu lepas guna cuci balik dan keringkan la ..Kang berkulat plak..




Wednesday 17 July 2013

WW : :(






"SYURGA ITU DIPENUHI dengan orang yang lemah, merendah diri, susah dan sentiasa diuji....."



Tuesday 16 July 2013

Menang contest..

Alhamdulillah..aku sendiri tak sngka rezki aku berpanjangan.hasil aku menang contest Kat radio sinar ramadhan tahun lalu..aku sekali lagi terpilih dalam contest nestle.alhamdulillah .Ni hadiah ke 2 dan ke 3 aku menang contest.Yang pertama aku da cerita SINI.syukur sesangat.tq pada kawan2 yg sentiasa bg support.moga rezeki Allah ni sentiasa berpanjangan..amin.boleh la buat belanja anak2 buah Dan adik2 baju raya.mak abah da setel dah.



 
hadiah ke 2 ~ tq nestle..menceriakan hidup setiap insan

hadiah ke 3~ tab 7.0 (gambar ni pinjam google)gambar sebenar terlupa nak snap.



p/s : Seumur hidup aku ,aku x pernah menang contest besar2 macam ni.Aku bukan nak show off ye kawan2.just berkongsi cerita.

Monday 15 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Ya Allah lama giler kot aku x update blog aku ni..Banyak sangat idea tp kekangan masa dan jugak byk perkara2 dan ujian2 Allah berlaku akhir2 ni..terpaksa aku biarkan sepi seketika tanah yg tak berapa nak subur ni.harap korang seme sihat dan dibawah lindungan rahmatnya.

Ada yang dapat baby..Ada yg jadi mom to be..papa to be..ada yg kawen ada yg bertunang.Byk beritakan..Apapon Tahniah.

Hmm Aku sambut ramadhan kali ni agak hambar kerana ayah angkat aku  yg jugak bapa biras aku kembali ke rahmatullah pada 1 ramadhan lalu,jam 4.45 ptg di HUKM.Aku dan suami sangat rapat dgn arwah..dan aku anggap arwah seperti ayah aku sendiri.Arwah pergi tanpa sakit yg panjang.Di saat2 aku menulis ni,aku tersangat merindui arwah.3 hari sebelum arwah pergi,arwah sempat bertanyakan tentang kesihatan aku..Bg aku kata2 semangat utk teruskan rawatan dan pembedahan.Dan yg paling aku rindu ialah arwah sangat suka makan puding roti aku dan jugak cheese tart.

Arwah jugak sangat suka pantai..dan Alhamdulillah hajatnya nak ke Tanah Suci juga termakbul.

Ya Allah..kau tempatkanlah arwah di sisimu..sesungguhnya arwah sangat baik orangnya.perginya tak kembali dan tiada galang gantinya.Hanya Doa mampu ku kirim buatnya.

Ku kirim buat nya

sewaktu mengerjakan umrah bersama MIL may lalu..

dalam kenangan ..bersama adikku 2 mggu sebelum pemergiannya

p/s : Dia sudah tahu tempatnya di mana..dan perginya dalam hari dan bulan yg barakah.Kita masih samar dalam mencari nur...Al-fatihah buat pak cik Baharum bin Mat Jan.Moga dirimu disisi orang2 beriman dan para solihin.Amin Amin.

Saturday 11 May 2013

Emas jatuh dan naik lagiiii...

Haaa.yg ni mesti ramai orang "puang "suke dengor ni..ekekeke

Baru ni dengan harga emas jatuh..jatuh byk jugak la..Lepas tahu emas jatuh je aku g servey kedai emas nak kepastian..mmg drop.Lepas tu aku g kedai biasa aku pegi tanya akan jatuh lagi ke rege mas.dia cakap belum tentu esok akan jatuh lagi ...mungkin da naik sket.So aku terus balik x cakap pape..

Tapi 3 hari lepas tu cine tu col aku cakap  Emas akan naik balik..so aku pon terus pegi malam tu jugak.Usha2 yg berkenan..Finally aku tukar gelang tangan lama aku dan rantai aku .OK la dapatla duit lebih dari harga masa beli dulu..Lebihan duit tu sikit aku beli hadiah anting-anting kat anak BFF aku.

Betul ...lepas je aku tukar 2 hari harga emas naik balik.selamattt..kalo x silap aku yg terbaru aku dengar 145/148 gitu la..tak tau kalu naik lg sehari 2 ni.

Pada aku emas ni satu aset untuk kecemasan kita jugak..sebab..bole guna bile2 je bila terdesak.dari beli gajet2..hp canggih manggih..baju mahal2..baik beli emas.xkan rugi.Tapi kalo orang duit melempah-lempah tak pe la..hihihihi..

jom cuci mata : kedai emas google

p/s : bila tgk emas terkenang hari raya .....................ohhh x lama lagii.....






Friday 10 May 2013

Coretan Akhir...

Bismillahhirrahmanirrahimm


Hmm tulisan akhir aku berkenaan PRU baru2 ni...Byk kenangan PRU 2013 ni..pahit manis seme ade..
Aku tahun ni ikut suami balik mengundi.last minit planning nak balik pon.kami bertolak pukul 5 ptg dr kajang sampai Pasir Mas pukul 3 pagi.(hari mengundi).(10 jam perjalanan  tapi kami berhenti solat ,berhenti isi minyak,berhenti makan)...Tapi aku dah x kisah sebab sejak 10 tahun kawen mmg perjalanan balik kampung suami +/- pon lebih kurang je masa 8/9/10 jam kalo x jem lahhhh.

Kami balik pon seme orang x taw ..terkejut MIL..bila bukak pintu tgk ktrg congok depan umah.Pagi hari mengundi aku ngan biras round kg tengok suasana mengundi di tempat orang,,,memang meriah giler..Kejap je  da siap undi ..kami pon berarak balik umah..hehehe..

Balik rehat2,masak2,makan2..pastu zzzzzzzzz..sempat la g beli2 barang kat Port Shopping ..Pasar Pasir Mas.Kali ni sedap sket aku shopping sebab suami dapat duit untuk pengundi luar balik kampung 350.00 dari Ketua Kampung.lepas la minyak /toll.

Balik kelatan kali aku x sempat nak ke wakaf che yeh,mundok dan rantau panjang.penat.
Hari isnin kami da bertolak balik KL..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sumpah penat tahap nak mati...dari kelantan -terengganu-KL = 15 jam perjalanan....puiiiiiiiiiii...muntah oren aku..Esok coti..so aku nak cover penat aku..tidor aku...nk rehat betul222.

Apapon alhamdulillah selesai sudah semuanya..harap2 jangan kita bermusuh-musuhan kerana parti politik.Allah ciptakan bumi yg luas ni utk di kongsi bersama.

Tuesday 30 April 2013

30.4.2013

Assalamualaikum...

Salam penghujung April..tak lama lagi nak puasa dah haishhh..

Maaflah sekarang ni aku TAK MAMPU nak hapdate blog selalu..sebab byk urusan perlu di bereskan semenjak aku pindah opis ni.

Asik berkejar kejar dengan masa jer..Bila da pindah opis..semua kerja aku bertambah..Sejak seminggu aku di sini..aku x berkesempatan untuk pegi lunch kat luar..Mujurla en suami sudi hantar makanan time lunch.
Balik keje pon lewat..

Weekend pulak..Hari Sabtu aku spend time untuk kemas rumah dan jalankan hobi masak aku. dan Hari Ahad lagi aku spend kan masa aku dengan en somi je..Lepas suboh g joging kat taman tasik.Balik breakfast sama2,pastu rehatt dan masak utk lunch..pastu membuta/layan movie.sampai petang.Kadang2 kuar shopping apa yg patut..tapi kadang2 yg tak patut pon terbeli jugakss..

Hmm aku rasa korang pon sama macam aku kan..tu je la rutin bila da berumahtangga.Ok la korang aku pon da kering idea nak nulis...sebabnya hari ni closing...bertimbun file atas meja menunggu masa utk dibereskan.

Aku doakan kalian semua sihat sejahtera dan sentiasa murah rezeki...amin amin amin...


Thursday 18 April 2013

Taraaaaa





Entry peram lagi...hahah..
Mempersembahkan hasil godek2 didapur..LONTONG versi sendiriiii
Jom share resepi.(untuk 4-5 orang mkn) :-


  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji kelapa (ambil santan )kalo malas beli santan kotak jee..
  • carrot  / kobis / kacang panjang (aku suka lebihkan sayur dlm apa jua masakan)
  • 1 peket tempe
  •  suhun + phu cuk (ni pon jgn letak byk sgt nanti kembang x der kuah)
  • serbuk kunyit
  • garam dan perasa.
Cara2 senang je :-
  • tumis bawang putih dan merah sampai wangi.
  • masukkan santan cair sampai menggelegak baru masukkan santan pekat
  • kemudian masukka serbuk kunyit sikit 
  • Masukkan suhun dan phu cuk dan tempe
  • last sekali masukkan sayur2 dan garam dan perasa.Biarkan sayu layu sikit terus tutup api.Siappp.
Boleh la dihidangkan bersama telor rebus,sambal bilis.Pastu sediakan kuah kacang sekali...MELETOPPP..
Gambor bersama kuah kacang x sempat nak snap..seme serang mcm piranha je dahh..





Saturday 13 April 2013

PRU13

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ini hanya sekadar tulisan dan pandangan saya je..tidak berniat menjatuhkan sesiapa pon ye..Pada saya Undi itu tetap Rahsia.

Tak lama lagi akan sampai PRU13.Hak rakyat untuk memilih siapa pemimpin kita.

Ok kita sebagai rakyat berhak menentukan siapa pemimpin kita,siapa yg paling layak jadi pemimpin untuk memimpin negara kita.Tidak kisah siapapun yg kita pilih.Asalkan pilihan kita itu ikhlas dan tepat.Bukan kerana wang dan dan kesenangan sama2.Lagi2 kita yg beragama islam ni.Tentu2 kita nak hidup aman damai,tenang dan diberkati.

Tapi..yang aku agak tidak faham kenapa perlu fitnah orang,kenapa perlu maki hamun orang,kenapa perlu hasut menghasut,kenapa perlu memburuk2 kan orang ,kenapa perlu sampai membuat ugutan,bergaduh sana sini,kenapa smpai nak meroyan sana sini hanya kerana nakkan kuasa.Kita perlu balik pada siapa kita datang sebenarnya..Jangan sampai Allah tarik nikmat yg kita dapat sekarang hanya kerana perkara2 yg merugikan kita.

Nak undi siapa undi je la.buat dalam keadaan aman.Kita dok dalam negara yg aman dan damai.

Apapun saya tetap berbangga jadi rakyat Malaysia.Peace no war..

Friday 12 April 2013

Ohh Jumaat

Assalamualaikum..

Da hari jumaat da hari ni..sekejap je masa berlalu..Esok sabtu cuti..tapi cuti dari pejabat je..kerja surirumah tetap berjalan macam biasa.Xperla kutip pahala sementara masih ada.heheheh

Hari ni sedap aku bizi ber whatsap2 dgn group sekolah aku..tetibe je bercerita pasal menu bfast..Aku macam besalah..1 sudu madu,1 gelas susu dan tmabahan lemak kek lapis sarawak yg masih berbaki lagi tu....Sekali kawan aku bgtaw menu bfast dia...LONTONG.Bila dia sebut lontong of coz la aku teringat padanan dia NASI IMPIT/KUAH KACANG...
Alamak.......terliur la pulak..terliur sangat2...Siap aku bayangkan lagi aku tgh makan lontong dan nasi impit kuah kacang tu.slrppppp...gile sedapp...Nak2 pulak dalam kuah kacang tu ada daging cincang..wallaaaa..
Masalah yang paling besar dalam hidup aku ialah...kalau aku nak..x menyempat2..dan selagi tak dapat selagi tu akan terfikir2/terbayang2....

alahai  nasi impit kuah kacang.....

menangess aku tgk gambar ni....

sumber gambar : chef google..tqq

p/s : by hook or by crook cuti weekend ni aku nak buat jugakk...


Thursday 11 April 2013

Tetamu Oh Tetamu

Assalamulaikum ..

Hari ni aku nak menulis pasal TETAMU..ye tetamu yang tak diundang ni dan asik bertandang ni..Memang tetamu tu pembawak rezeki pada kita tapii....kalau tetamu tu tinggal dirumah kita sampai melebihi 3 hari dan kerap bertandang ke rumah kita setiap minggu ini boleh mendatangkan rasa tidak selesa pada tuan rumah.kan kan kan..Dan sepatutnya tetamu tu kena tahu adab dia bila menjadi tetamu.kena jugak hormat sikit pada tuan rumah.Tapi kalo dan dok umah orang lebih dari 3 hari dan tiap2 mggu dtg ..


  • Pastu tetamu yg jenis tak leh tengok orang lebih ni..tuan rumah cakap sikit je..dah bertambah menggunung citer nak lawan..nampak rumah ada barang baru sikit..komen nye macam2..
  • Dan lagi satu yg jenis suke komen yg tak berapa membina pasal masakan tuan rumah.Rasa nak lempang laju2 je kan...
  • Lagi tetamu yg datang umah suke tunjuk muke yg tak berapa nak hensen dan cantik...suke tarik2 muke..ishh lagi rasa nak lempang 
  • Dan yang paling benci ialah tetamu yang mengumpat tuan rumah dalam umah yg dikunjungi.Tak kisahla dgn suami dia ke,dengan adik beradik dia ke..tapi ko tetap tetamu hokey..Yang ni kalo kantoi depan mata aku memang aku halau dan dan tu jugak la..

Aku memang suke orang dtg umah aku..tapi ada had dan batasan nye jugakla kan.Cer tengok adab2 menjadi tetamu ni.sama2 buat kita jadikan panduan.(kata2 pedoman ni aku copy paste je ye..pinjam dari google buat panduan kita)


  • Jika kita dijemput ke rumah seseorang, maka kita sahajalah yang patut pergi tanpa membawa orang lain melainkan setelah mendapat persetujuan dari orang yang menjemput.
  • Nabi s.a.w tidak pernah menghampakan harapan orang yang menjemputnya untuk makan di rumah mereka.
  • Betulkan niat kita apabila menjadi seorang tetamu iaitu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
  • Semasa berada di rumah yang menjemput kita sebaik-baiknya janganlah masuk ke dalam rumahnya sehinggalah kita disuruh berbuat demikian.
  • Apabila masuk ke rumahnya, duduklah ke arah yang menuju ke luar rumah bukan ke arah dapur atau ke bilik mereka.
  • Mata kita janganlah terlalu liar memandang ke seluruh kawasan rumahnya dan mulut kita janganlah terlalu ramah menanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.
  • Apabila hidangan diletakkan, biarlah ianya diletakkan di mana-mana yang dikehendaki oleh tuan rumah dan tidak perlu bagi kita mengubahkannya ke tempat lain kecuali jika tuan rumah meminta kita berbuat demikian.
  • Makanlah setelah tuan rumah memulakannya atau dia menjemput kita berbuat demikian.
  • Sama ada makanan yang dihidangkan itu sedap atau tidak, maka sebaik-baiknya hendaklah kita zahirkan sesuatu yang boleh menyenangkan tuan rumah.
  • Makanlah rnakanan yang berdekatan dengan kita tetapi jika makanan yang dihidangkan itu berjenis jenis, maka tidak ada salahnya kita mengambil dari mana-mana arah.
  • Janganlah menampakkan yang kita terlalu lapar atau gelojoh dengan berebut-rebut sehingga memalukan. Sebaliknya makanlah dengan tertib dan perlahan-lahan.
  • Jika di rumah orang miskin maka zahirkan rasa syukur dan jangan komen apa-apa pun. Sebaliknya jika di rumah orang kaya maka janganlah seperti pelanduk masuk kampung.
  • Apabila makanan dihidangkan maka makanlah dengan tertib dan bacalah doa-doa waktu makan dan doa sebagai tetamu
  • Setelah selesai keperluan kita sebagai tetamu maka hendaklah segera mengundurkan diri kerana memberi kerehatan kepada tuan rumah. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.
  • Jika kita menjadi tetamu kepada orang alim, maka lebih banyak mendengar nasihat dan mendapatkan ilmu darinya, sebaik-baiknya bawalah hadiah untuknya.




Wednesday 10 April 2013

Mengidam...

Assalamualaikum..

Asik bertinggal tinggal je rumah aku ni.Hehehehe....

Aku sejak akhir2 ni tekak mengada-ngada betul.OPpss..belum rezeki aku ngidam orang peknen ye..tekak aku je yg gedik gedik nak makan.hahaha.Aku terhengen nak makan kek lapis serawak..Dulu pernah beli kat kedai kek deja moss..tapi makkk aiiiiiiiiiiii manisssnyeee sampai menari2 dalam tekak turun ke perut.

So kawan aku yg kat serawak la rekemenkan aku sorang tokey kek lapis serawak yg jugak kawan dia dari serawak kat semenanjung.Sebab,kawan aku tgh mabuk skrg so tak leh nak buat kan untuk aku.
So setelah difikir2 sampai 20 kali ..baru lah hati aku tergerak nak order ngan ROHAIMI AHMAD.

Aku order set jom rasa..semalam kek tu sampai kat opis.aku bukak kotak dengan rakus dan kejam hahaha..sebab bau harum semerbak.Sekali rasa..makkkkkkk aiiiii..memang terbaeeek wa ckap sama lu..
secukup rasa x la semanis kek yg dulu..kalo korang nak order  g la terjah FB dia.aku takde amek komisen..cuma tolong promote benda yg sedap..

ni aku pinjam dr FB amy.
haa..tu gambar kek yg aku order kat dia.gambar dari aku x sempat snap.Aku da nodai dulu baru teringat nak ambik gambar (haloba betol) ...Set ni ada Kek lapis tembikai,kek lapis hawflakes,kek lapis cadbury dan kek lapis ustaz.
Tentang harga seme ni rege dia termasuk postage RM86.00...pada aku x la mahal sebab nak buatnya bukan senang..lagipon mana2 kek sarawak harga standard la kan gini.Tapi prinsip aku pulak..RM tu x penting,yang penting RASA DAN KEPUASAN MENIKMATI..

Insha Allah boleh repeat order lagi .Korang g la terjah fb dia macam2 kek ada.


Wednesday 3 April 2013

Wordless Wednesday..

surau luas dan selesa


tempat wuduk sangat bersih

LOKASI : SURAU & TEMPAT REHAT SILK HIGHWAY TEPI TOLL BUKIT KAJANG
WAKTU : 03/04/2013 JAM  13.45 PM.
PENILAIAN AKU : SURAU YG SANGAT SELESA,BERSIH cuma AGAK SUNYI .(mungkin sbb aku singgah waktu lunch ,jadi aku sensorang kat situ perempuan..lelaki ada la 3 4 orang singgah solat  jugak)

Tuesday 2 April 2013

Rindu padanya...(99 day to go)

Assalamualaikum sume..

Hmm pejam celik pejam celik tinggal beberapa detik sahaja lagi kita akan bertemu dengan Bulan yg sangat dirindui..Bulan Ramadhan..Ya Allah cepat nye masa berlalu..tetibe hati jadi sayu dan sedih je..sebab nanti pon pejam celik pejam celik bulan kesayangan kita itu akan meninggalkan kita.Yang aku paling takut sekarang ialah aku pejam tak celik-celik.

Puasa pon belum habis ganti lagi nih..camano nihh..Aku tak nak jadi mcm tahun lepas da masuk bulan Syaaban baru nak ganti poser..kelam kelibut..Bila bulan puasa aku konpemmm korang mesti rindu nak berbuka ngan family kan..rindu masa kecik2 kan..seronokk sangat..ptg2 je berebut2 nak antar juadah umah jiran2.Pastu berkejar2 nak g terawih pulak..Pastu berlawan2 siapa poser penuh..tapi sume tu tinggal kenangan kan..

Sekarang da kawen..dan jadi remaja purba ni rasa kelam kabut jugak..kelam kabut balik keje nak siapkan juadah berbuka,pstu nak terawih,dah akhir2 ramadhan sibuk ngan kuih raya pulak...Sebulan sebelum pose kelam kabut siapkan baju ghaye...ate camaner tu kome2 sekalian..

Aku tgk kat FB ramai post  100 days to ramadhan..tp aku nak buat 99 days to ramadhan..hehehe.
Oklah...aku pon tak taw nak conteng ape lagi..Doakan aku kuat dan tabah untuk habiskan pose ganti aku..hihihihi...sebab aku jenis tak tahan godaan syaitonn..Hari ni nyaris2 aku nak bukak pose..nasib baik kawan aku Qema Ishak tak jadi g kuar makan sekali.kalo tak pose sekerat hari aku rini..hahahaha terukkan aku..(aku x bangun sahur pagi tadi..so perut mula la mengamuk...syaiton2 pulak dok suh aku bukak pose..mcm2 idea bernas dia bg aku....jahat punya syaitonnn).Ha nasib baik skrg da OK..aku yakin boleh tahan sampai time bukak pose nanti...

pic : google.





Thursday 28 March 2013

Menge 'tart" pukul 5 pagi

Rabakk mata aku....kul 5 pagi bangun nak nyiapkan tart adik ipor aku...udahler kul 2 pagi baru balik g meru...g ambik kuih talam ubi yg tersangat marbelos..da 4 tahun aku tunggu nak makan kuih talam ubi sedap ni..finally aku berjaya jugak dpt...sanggup aku tempuh perjalanan jauh ke meru klang semata2 nak ambik kuih ni..(TQ kak nur & Husband)..

Ha..yg adik ipor aku lak kul 7pg da nak tart ni...kul 5 aku da bangun terkulat2 aku tahan mata.....tapi skrg da mmg outtttt..bertongkat ngan pen dah kelopak mata aku...(nampak tak satu pembohongan di situ..kekekek)

blueberry cheese tart

variety ..choc+strawbery+blueberry

ready to go




Simple Dishh

Haa..pepagi buta ni da citer pasal makanan kan..mana tak berjoget-joget lemak dalam badan ni..heeeee.
Hmm semenjak 2 menjak ni tak der idea nak masak...masak apa yg terlintas di fikiran je ..asalkan perut oleh ketawa bergolek2 dapat makanan...Nasib la mr husband tak banyak karenah pasal makan..apa atas meja sume dia sebat...pejam mata je...Jom layan menu 2 aku mggu ni..mungkin boleh bagi inspirasi kat korang untuk menternak lemak...kekekeke..Seme menu adalah menu dinner/breakfast sebab lunch mana aku ada masa nak pegi geledah dapur...kojerrrr..balik keje baru masak..

kari telur ikan,bawal goreng,sayur kangkung

beef omelet+baked bean+potato salad

lamb chop+potato salad+ kerabu mangga 

haa...yg menu lamb aku x makan sebab..aku sejak azali tak makan bek bek.hehehe..aku tukang masak je..
ha harap2 dpt bg korang sikit idea ye untuk masak2..seme menu seme simple dimple dam campak2 je...korang pon aku percaya pejam mata pon boleh siap....tapi aku kalo pejam mata...bek bek tu boleh lari ooo..hahahah..

Selamat menjamu mata...

p/s : aku x der nak menunjuk -nunjuk ye..cuma sekadar berkongsi idea je...peace yoo..




Wednesday 27 March 2013

Moh kite renung2 kan


Carilah ilmu walau ke negeri china sekalipun..
[Sayidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya tentang Ilmu (agama) dan Harta]

Ilmu lebih utama daripada Harta:

۞ Ilmu pusaka/warisan para Nabi, sedangkan harta pusaka/warisan Qarun dan Fir’aun

۞ Kerana ilmu itu menjagamu (dari maksiat), sedangkan harta, engkau yang harus menjaganya.

۞ Harta itu bila engkau berikan menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau berikan malah bertambah.

۞ Harta diberi akan semakin berkurang tapi ilmu diberi akan semakin bertambah.

۞ Orang ada harta kedekut tapi orang ada ilmu pemurah.

۞ Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu itu temannya banyak (murid/pengikut).

۞ Pemilik harta dibenci dan diketawa oleh orang-orang yang hasad dengki (akibat dirompak, hilang, dsb), sedangkan orang berilmu jika tiada akan dirindui dan ditangisi pemergiannya.

۞ Kerana di Akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at dari ilmunya.

۞ Harta akan hancur kerana lama ditimbun zaman, tetapi ilmu tidak akan rusak dan musnah walau ditimbun zaman.

۞ Harta membuat hati seseorang menjadi keras (bercampur halal & haram), sedang ilmu malah membuat hati seseorang menjadi bercahaya.

۞ Kerana pemilik harta mengaku menjadi Tuhan atau menjadi hamba Harta akibat harta yang dimilikinya (sanggup lacur diri kerana menurutinya), sedang orang yang berilmu justeru mengaku sebagai hamba Tuhan kerana ilmunya.

Tuesday 26 March 2013

Permainan masa silam

Dalam dok termenung ..tiba2 aku ter flash back kenangan zman sekolah rendah dulu..dulu2 tak de ipad,PSP,Angry Bird,tak der tengok2 kartun Upin Ipin..tak terdedah langsung sumer tu ...
Balik sekolah tukar baju terus g cari port nak main..

Aku masa kecik2 mana ada geng ngan budak pompuan..x der main masak2..seme game yg aku main seme yg budak2 lelaki main...nasib baik la da meningkat remaja purba ni aku boleh bertukar...jadi PINK..heheh kalo tak masakk laa....kena panggil aku "abang kawasan"..kekeke..



congkak korek lubang..
guli


caplong..sape pernah main ni...
                                         
lari guna tempurung

                                           
laga biji getah
Bila tengok gambar2 kat atas..tetibe aku rindu sangat nak balik ke zaman kanak2 aku..tak de stress2 oo..Paling stress pon kalo mak kejor ngan rotan sbb main tak ingat nak balik makan/mandi..Budak2 skrg x kuar  rumah..tapi dok ngadap games PSP,TAB.segala game dorang explore..sampai kekadang cikgu ajar kat sekolah pon dia gelar cikgu tu mulut angry bird...kekekekeke...



P/s : semer sumber gambor2 aku ni dari MR GOOLE la...aku x der koleksi simpanan sendiri...
                                               
                                               


                                     








Monday 25 March 2013

Pembantu Rumah Terbaik..

Salamm buat korang sumer...

Hehehe...jgn salahsangka ye..aku idok ler nak guna khidmat pembantu rumah a.k.a BIBIK..sebab bibik ni byk karenah.kang silap haribulan dia bg perkhidmatan lain pulak pada sang suami..choiiiiiiiiii...sebab tu ler aku rela penat sendiri buat kerja rumah,masak seme...lagipon ada privacy sendiri..

Hmm pembantu rumah aku yg terbaik yg aku maksudkan ialah..
                                                                     
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v

                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
                                                                       v
gambor pon copy kat google..x clear..

hehehe..aku malas nak snap gambor kat umah..ni la pembantu aku terbaik setakat hari ni..sebab?????Dengan keadaan cuaca aku skrg..memang tersangat sesuai utk aku guna ke 2 2 nya.baju walaupon aku x sidai (bukan tak sebenornye..tp lupe kekeke)..dok dalam mesin basuh tapi..tetap harummmm dan wangii.

Aku kalo time lipat kain tersangat suke sebab bau wangi jee..Chop!!! minyak wangi pon jimat sebab wangiii giler ..Tiada bau Hapak dan Pakaian pon bersih...hehehe promote...aku da cube mcm2 tp yg ni jugak kekal di sanubari.....


..................................







                                                                                         




Sunday 24 March 2013

Kesunyian..

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.........

Perghhhhhhhhhhhh..lama giler aku x hapdate blog aku..bukan aku sengaja suka 2 x nak apdate taw..macam perkara yg berlaku akhir2 ni buat aku tak berkesempatan nak apdate..tapi aku tetap ikuti perkembangan blog korang cuma cam biasa aku x tinggal jejak.

Sejak akhir2 ni kerja aku kat opis bertimbun2..kat umah pulak every weekend ada je tetamu dtg umah..dengan opis nak pindah..packing2 barang..dgn nak closing account..dengan tiap2 mggu ada kontena masuk..aku pon penat sampai rasa nak pakai wheel chair plak..macam dalm usop wilca tu..hehehehe..

Dan ada jugak berita yg tak berapa baik terjadi dalam kehidupan seharian aku..lepas arwah pak cik aku yg pernah aku citer sebelum ni meninggal akibat virus kencing tikus tu.mggu lepas sorang lagi sepupu biras aku yg umor baru 12 tahun disahkan dpt virus yg sma.skrg  ada di KPJ Shah Alam.Aku harap korang semer berhati2 la ye..kurang2 pegi mandi manda tempat air tawar dan berisiko..kedai mamak mmg aku x pegi buat sementara waktu ni...bukan setakat tikus je bersepah..kebersihan dorang adoiiiiiiiiiiiii..memang out..cer korang masuk tandas ngan dapor dorang..aiyakkk x mo citer la..kang korang x berselera nak makan plak...
hahaha.......

Okla..panjang pulak tazkirah aku ..aku akan cuba sebaik mungkin jejak umah korang..dan update blog seselalu mungkin..Malaysia Boleh..babai..dah pukul 1.30pd..nak titunnnn...laki i masih lagi dok layan Transformers kat bawah..mcm budak2..yelah umah aku x der budak,jadi dia la jadi budak..smlm berebut2 tekan remote control..TV2 Transformer 1,TV3 ~Ironman....aku x koser nak layan..lantakkkkkkkk...eh eh td kata nak tidor..panjang plak tulis nye..bukan aku taw..jari jemari aku yg montok2 ni ha..x mo stop..aku da  pegang dah tangan aku..dia dok gerak 2 lagi...sudahhhh ...ok ok..aku ikat skrg  tgn aku...kkkkk babaiiiiii...

Monday 4 March 2013

Al-Fatihah~ Dalam Kenangan.

Assalamualaikun  sahabt2 semua..

Dalam Kenangan Zainuddin Bin Mat Jan ~260866-020313..Al Fatihah.

Maaf lama aku x update blog aku.aku hilang inspirasi akhir2 ni disebabkan byk perkara berlaku .
Untuk pengetahuan korang pak zai (yg aku cerita kat SINI ) telah kembali ke rahmatullah kelmarin SABTU 2/3/2013 jam 2.05 ptg di ICU Hospital Serdang.Arwah menghembuskan nafas terakhir setelah hampir 3 mggu bertarung nyawa akibat Virus Kencing Tikus.Dan Penyakit yg sebelum ni dr katakan hanya suspek sahaja akhirnya di sahkan pada pagi sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.Beliau meninggalkan 4 orang anakdan seorang isteri.Dan kami semua berada disisi arwah hingga ke saat2 akhir .

Dan paling membuatkan aku sedih pak cik meninggalkan mak iti di hari Ulang Tahun Perkahwinan mereka.Hari yg sepatutnya meraikan bersama  tapi Allah lebih menyayangi.

Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dgn lancar sekali.Insan yg paling sedih selain isteri arwah ialah nenek..Air mata aku asik deras mengalir bila nampak wajah sedih nenek yg terpaksa terima kehilangan seorang lagi anak kesayangannya setelah genap setahun arwah mak teh (kakak pada arwah pak zai) meninggal pada bulan Mac 2012.
 Jenazah pak cik di kebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara Selepas Isyak .Tak Jauh dr pusara kakaknya.

Semoga arwah pak cik tenang dan damai di sana.Moga sentiasa di cucuri rahmat dan dilindungi dr siksa api neraka.Kami pasti merindui pak cik dan mak teh.Moga Mak iti dan anak2 diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala dugaan akan datang...


Ucapan Takziah juga pada keluarga2 yg kehilangan insan tersayang dalan kejadian di Lahad Datu Sabah.Semoga segera berakhir pertumpahan darah yg berlaku di sana.Ya Allah,Selamatkan lah Rakyat serta Pejuang2 kita di sana.


AL FATIHAH....




Monday 25 February 2013

Beware of Virus Kencing Tikus

Assalamualaikum...

Selamat petang kawan2..just nak share dan nasihatkan kawan2.. especially jenis2 kita yang suka makan kat luar ni...Pastikan kebersihan ye..one of my SIL uncle sedang bertarung nyawa di Hospital Serdang.(Beliau jugak sangat rapat dengan family kami). He's in coma right now.Menurut kata dr..suspek virus kencing tikus.
Semuanya berlaku sekejapan sangat.

Setiap hari bermacam dugaan dan kesakitan yg pak cik tempuhi.Da 3 hari kat Serdang,dari bengkak kaki,kemudian buah pinggang pulak kering,kemudian x boleh bercakap,kencing manis naik mendadak..kemudian turun mendadak sampai paras 3...bila kencing manis da stabil,darah pulak tak berapa elok..dan latest news smlm dia muntah darah..

Ya Allah kau sembuhkanlah pak cik zai.kasihanilah anak2 dia yg masih kecil dan sangat memerlukan kasih sayang seorang ayah.Malam ini kami sekeluarga akan adakan solat Hajat dan Bacaan Yaasin di surau untuk ayah mertua dan pak cik zai.Moga Allah sembuhi dan permudahkan segala kesakitan mereka.Amin..

Untuk kawan2..kalau minum di luar terutama kedai2 mamak...berhati2 lh ye..kalo minum air tin tu ..make sure basuh dulu bahgian atas tempat kita nak minum..Nak minum air kosong tu pon sama...kadang2 kita dihidangkan air yg x bersih taw..ni aku share sikit info untuk makluman korang..

Doakan untuk ayah mertua dan pak cik zai ye kawan..terima kasih..


LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.

Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.




CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA


Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.


SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung.

Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.

Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.


KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI


 
  • Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .
  • Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi.
  • Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.
  • Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.
  • Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir


    LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
  • Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran

    Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai.

    Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka.

    Jadi ingat-ingatlah jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.





Doakan yg terbaik

Assalamulaikum kawan2..

Tak taw nak mulakan macam mana...tapi hati agak sayu dan sedih..Baru seminggu pulang dari kampung..Smlm hubby col mek (MIL)..mek cakap kesihatan ayah(FIL) tiba2 merundum.tak nak makan,kalau makan sikit di luahkan,lepas tu ayah x nak bercakap,diam je,sistem penghadam ayah menurun,ayah cukup lemah berbanding masa kami balik mggu lepas..sihat,makan berselera.cuma dia malas nak ikut keluar jalan2 je..

Tapi semalam bila dgr berita tentang ayah,hati mula gusar.ayah seorang yg tersangat baik..Kesian mek,mek pon demam dan x sihat,adik ipar pon x sihat,..kebetulan pulak hujan turun mencurah..air naik..kesian mek nak cuci rumah,nak uruskan ayah..memang usia ayah sudah pon menjangkau 80++..tapi mata ayah dan ingatan ayah tersangat kuat..terutama soal agama.ayah jugak seorang yg sangat kelakar..Ayah dan mek jugak pasangan yg romantik.Even sampai sekarang mek selalu tanya ayah samaada ayah sayang mek ataupon tak?Ayah akan jawab sayang banyak2...Itu akan kami anak2 jadikan ikutan..

Maaflah kawan2..aku x mampu nak tulis byk2 tentang ayah..air mata aku akan laju mengalir..Marilah kita sama2 doakan agar ayah cepat sembuh..namun aku kene bersedia utk terima segala kemungkinan.


Friday 22 February 2013

Termakan Hasutan..

Alkisah berlaku tgh hari tadi....Aku ditugaskan untuk pegi pantau projek renovation opis baru aku...sambil g sana sambil aku mengular..kan tahun ni tahun ular..kena byk ular sket..kekekeke..

Bila tgk opis baru..dalam hati aku cakap x sangka bos aku yg lelaki tu dalam hati ada taman...Purple kaler opis baru aku tu..muhahahaha..aku gelak dalam hati je ..kang kene penampor arab plak..tapi sweet giler purple dia...i loikeeee...Bila nak pindah...entahla mungkin 2 bulan lg kot...jauh sket dr umah sob sob...kena bayor toll..

Ok Ok..cukup2 citer opis ...nanti aku citer lg..sambung citer aku g ngular...lepas setel keje kat opis baru..otak aku dah mula fikir ke mana arah tuju..Ok..mula2 nak g beli tutup Tupperware mak cik aku kat tupperware Bangi.Masa kat sana..aku ternampak botol air cantek..aku nak beli..sekali owner dia hasut aku sampai aku jadi member...puas aku cakap aku x minat..tak putus asa kakak ni...dia pujuk dan hasut aku macam2 ..Finally..termakan jugak hasutan kakak ni..

Maka dengan sah nya aku jadi ahli tupperware..tapi x perla ..berbaloi la dapat tupperware besar satu,botol air satu,key chain lepas tu makanan kesihatan...hentam sajalah..Lagipon barang dia memang terbukti bagus dan berkualiti..Tgk mak cik aku ni da 10 tahun tupperware dia tahan lagi..tggl penutup je tak der..So tadi aku beli jugak botol air yg buy 4 free 1 tu..
besar kan tupperware yg free tu...:)





p/s...kalo ada kawan2 yg nak order barang2 tupperware ni pon boleh jugak....hihihihi

Menge "dot" lagi


Sesi mengedot bermula lagi....... Alhamdulillah rezeki dari Allah dtg dari byk sudut...






Thursday 21 February 2013

Tanjung Dawai Pulakkk

Hah..kesah jalan2 tak habis lagi...kekekeke

Aku balik kelantan 17/2-20/2...lepas tu caw balik Perak kampung teman pulak..Gumbira betul hati bila balik umah mak....Kadang seronok jugak keje ngan cine ni dia kasi coti panjang bila time CNY..boleh jenjalan puas2..

Okla...berletior je koje ye...balik kampung aku aku bawak family aku plak jenjalan kat Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka kat Kedah.Ala macam dalam lagu tu..hehehe.Tak ler jauh nor pon dari romah mak aku..1 1/2 jam gitu kot..Tanjung Dawai ni  tempat orang nak beli segala mak nenek ikan masin,belacan dan hasil laut yg di proses..Memang morahh...Aku beli ikan kurau masin sekor besar punyaaa....untuk mak aku baru 14 hengget..kalo kat KL x dapat dik non...

Nak gi Tanjung Dawai ni kami lalau ikut Sungai  Petani..sampai Pantai Merdeka..Naik Bot  seberang laut..x jauh pon dalam 10 minit je kot..Naik bot lagi aku..aku berjaya mengawal emosi takut lepas naik perahu kat Mundok..Gini la gaye bile orang x pande beghonang. Aku ada ambik gambor untuk kenang-kenangan..
ha seme hasil laut yg freshh

yg bergantung tu seme ikan masin yg bersih dan fresh

pak cik pemandu pelancong kami..

my heroo..luv uu

seronok tgk mak dan abah gumbira ...:)

Agak ralat sebab tak dapat beli FM tanjung Dawai..sebab x der orang jual kat sini..sadis betolll....



p/s : masa jalan2 dgn family da habis...masa honeymoon berdua pulak...<3

Mundok's Trip...

Assalamualaikum..

Hari ni baru berkesempatan nak menulis..eh menaip...heehehe..

Ni cerita masa aku cuti CNY hari tuh.Selama 10 tahun kawen x pernah kami g tempat ni walaupon 1/2 je dr umah MIL.Dok asik dengar citer orang je..Ha ha ha..bunyi TRIP macam g jauh2 je kan...
Sebenarnya ni Mundok ni daerah dalam negara Thailand..berhampiran dengan Kelantan.Nak gi sini naik perahu seberang sungai dalam 5 minit x sampai..kalu kentut x sempat habis kentut dah sampai..hihihi...
Bayaran nye cuma RM1.00...murah la sebab x sempat kentut da sampai..dekat sangat..Aku pergi pulak segerombolan ipar duai..biras..mak sedara,anak sedara..laki bini suma hangkut pegi..penuh satu perahu geng kitorang..

Tempat ni tempat untuk membeli belah je...kalau sape2 yg gila tudung,toto,handbag murah..boleh la ke sini..memang berbaloi la berbanding dengan kita membeli dekat Wakaf Che Yeh../Kota Bharu.Jimat banyak.
Tudung dia cantik2 sangat...harga pon RM10-20 je..kalau kat tempat lain 40-45...nampak..jauh tak beza tu..Kalo dtg sini nak jenjalan agak x sesuai sbb x berapa menarik utk jenjalan.Yang ada sume kedai2 menjual barang2 je..

Aku x ambik gambar banyak sebab otak dah ke lain masa ni..nampak tudung mcm histeria...hehehe
pestime aku naik perahu.

biras sekepala..hantu shopping

rombongan cik kiah

tgk muke dorang ni..x nyabar nak menyopping

Cube ko tengok mak sedara suami aku yg pakai tudung berlayer2 mcm kuih lapis tu..tudung tu bersepah2 kat Mundok ni...

Tuesday 19 February 2013

Kembali dari rehat yg panjang.....

Asslaamualaikum..

Amboi amboi amboi..berkerak rumah aku ni ..lama ditinggalkan yee..

Haa ..nak ambik mood kembali nak mulakan tugas..tuhla bila da cuti lama sangat..bila nak mula kerja ..malas tahap jebon.hahahaha.

Tapi cuti kali ni..agak memuaskan hati aku..Aku bercuti sungguh sungguh..dari KL -KELANTAN-PERAK-KEDAH-PERAK-KL..


Nak buat kerja dulu ye..da coti lame2 ..x voley malas malas...nanti potong gaji..hehehe...

Nanti pelan2 aku singgah umah korang ye..


Friday 8 February 2013

MOOD KEDAUNG

Assalamualaikum korang...

Pagi ni tenang dan nyaman je rasa...hujan renyai2 pulak..mood aku plak hari ni memang kedaung..esok da cuti..mood nak balik kampung ni tak meriah sangat rasa.Hari ni pon masuk keje untuk sesi kemas,bersih2 je..Mungkin mood aku jadi mcm ni sebab smlm aku pergi jenguk keadaan seorang sahabat yg diuji sakit nya.Hmm ataupon sindrom PMS.

Dalam Seminggu Bercuti nanti pon..aku akan bercuti blog jugak..sebab malas nak usung  lappy balik kmpg..Lagipon kalau da dok kg mmg x da masa nak hapdate blog.

Ishhh kenapalah mood aku betul2 out ni ..otak aku kering kontang..mcm walfadang fasir lahh..tak ada pokok kayu eik,wal tak ada kurmak,tumpuk tumpuk taik unta..hahaha

Hmm memang tak boleh betul..aku tak da idea nak tulis...nanti aku kompol kan idea cuti seminggu aku tulis byk2 sampai muntah pelangi..hehehe



Ok korang..walaupon begitu rumah korang tetap aku ziarah..walau pon korang x hidang kuih bulan..GONG XI FA CAI...HOYE HOYEHOYE,.,,,,,


Tuesday 5 February 2013

Terima Kasih Dato 'Siti

Salam semua...

Ha aku memang nak berterima kasih pada Penyanyi Tersohor dan Usahawanita berjaya negara kita..sape lagi kalo bukan si cantik manis Dato' Siti Nurhaliza.Kenapa ?heheheh..

Kan aku ada buat entry pasal aku g PD rituh...pegi bersuka suki di sana.tapi bila 2-3 hari balik dr main panas..muka aku kena sunburn teruk..kulit menggelupas,pedih..bertompok2.Mula lah aku gelisah..x tahan pedih lagi..menggelupas macam ular nak bersalin kulit...hahaha nasib baik x jadi ular...

Pastu aku x tahan aku mintak tolong dr google carikan ubat..Sekali aku terbaca entry sorang adik manis ni,dia cakap guna minyak aloevera..aku teruja nak g beli bila tengok keberkesanan muka dia yg di post kan dalam blog dia.Pastu aku g The Mines utk jalankan misi mencari minyak aloevera.Aku terus pegi kat Watson ,terus jumpa phamarmacist (eh betul tak ejaan aku ni..lantak)..bila dia cek kulit aku..dia ckp kulit aku mmg x sesuai guna "minyak" even minyak Johnson baby pon x leh..alamak terbantut mood aku.

Pastu dia tanya aku guna produk ape..aku ckp la aku hanya guna pencuci muka,dan krim brand simply ct.terus adik manis tu suggest kat aku guna DERMAGIC BEAUTY MOISTURIZER .Sebab adik manis tu ckp produk ni lebih kepada merawat kulit.Aku pon terus capai je..

tq :dr google

Lepas aku guna ni 2 hari je...Alhamdulillah hilang sume tampok2,kulit menggelupas,yg pedih2 tu sume da x der..tinggal lagi nak pulihkan skin tone je..Ni kesan atas kulit aku ye..kulit korang aku x taw la plak..mungkin bergantung pada jenis2 kulit.kulit aku jenis x sensitif tapi salah pakai produk memang boleh jadi mcm2.

So sekarang ...aku tambah lagi satu produk siti dalam penjagaan kulit aku seharian.pada aku harga pon berpatutan..tp kalo kita nak cantik/sihat..jgnlah kita berkira2 utk diri kita sendiri.

krim C BRIGHT tu pon boleh digunakan sebagai sunblock  ..

Produk Simply siti ni memang sesuai ngan kulit muka orang asia..bedak compact dia pon x bertampok2 kalo kita berpeluh..Aku da mula jatuh chenta dgn Simply Siti ni...Aku da gunakan  produk ni hampir setahun..so far..ia sangat sesuai dengan kulit aku.Bole jadi duta tak?hahahaha mimpi dalam air la kauuu......

Monday 4 February 2013

Sakit Sendi

Assalamualaikum..

Hi korang..hmm mood agak kureng 2 3 hari ni nak menulis gara2 aku terjatuh dalam bilik air.Dugaan betul..

Korang pernah alami sakit sendi tak??..Aku ni selalu sangat kena..terutama time  nak period.perghh sakit giler..selalu aku akan kene kat lutut ataupon bahagian jari..Aku pon x leh makan organ dalam binatang mcm hati ,paru,limpa lembu...kalu aku makan je konpem sakit sendi tu menyerang.Sakit tok sah cakap la..

Cam hari ni aku paksa rela g keje..walaupon lutut aku sakit tahap x boleh nak jalan.Aku gagah jugak g keje..Nasib baik aku keje dekat ngan umah.

Hmm aku pon x taw apa jenis rawatan yg sesuai utk rawat sakit sendi ni..Aku nak try berbekam lagi sekali.Sebab aku ada terbaca berbekam ni bagus utk keluarkan darah kotor dan jugak asid berlebihan dalam badan.Aku da pernah berbekam sebelum ni..So far ,kesan nya agak bagus.Setakat ni aku ambik panadol 650 untuk bertahan sampai petang.sambil tu aku nak buat research tentang penyakit yg selalu aku kene hadap ni..tensennnnn ..yg pelik kalo gout seafood pon x leh makan kan..tp aku makan seafood byk mana pon x per...

Entahla..mungkin ujian kot...Nanti aku akan bua entry pasal bekam ye..mana taw mungkin korang semua pon tercari2 info pasal kelebihan berbekam ni kan..Nanti aku share ye....


Aku nak sambung keje yg aku tinggalkan hari jumaat lepas bertimbun2 sebelum cuti panjang....tatatititutu...

Friday 1 February 2013

Mimpi...

Assalamualaikum...

Alkisahnya sejak balik dr PD rituh aku kerap mimpi berkaitan air..Mungkin sebabnya aku tak pandai berenang..hihihhi Ya..aku memang x pandai berenang langsung..kalu dicampak ke laut memang aku tenggelamm ke dasar jadi batu karang tak pon jadi tapak sulaiman....hahahahaha..

Aku ni memang agak CUAK bila kena naik tempat tinggi2 ataupon melibatkan tempat yg paras air nye melebihi ketinggian aku..hahaha.Lantakla korang nak cakap ape.Jadi lepas balik PD rituh sampai tido 2 3 hari aku mimpi berkaitan dengan air.macam2 versi ader..Bila aku citer kat SIL aku dia cakap nak dpt rezeki..

Aku cakap kalo dapat rezeki tak pe..tapi ko terkencing tilam..parah...hahahahaha..tak senonoh kan ayat aku..lantakkk.
Tapi kan..apa yg SIL aku ckp tu betull.....memang rezeki dr Allah..:)...dptla aku selesaikan mana2 hutang yg patut..pastu sebelah petang nye aku dpt lagi satu berita gembira berkaitan rezeki jugak dr bos aku..Alhamdulillahhh..Aku bersyukur sgt..

Dan hari ni..waktu lunch tadi ada seorang "sahabat" telah memberikan satu lagi berita gembira utk aku.Alhamdulillah rezeki ketiga untuk aku dan suami di bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Ramai yg PM kat FB tanya adakah berita gembira tu dapat baby setelah kian lama menunggu..:)
Belum ada rezeki. Tak mengapa Allah memberi rezeki rezeki pada kita dengan pelbagai rupa.sabar dan redho.DIA ada sebab kenapa dan mengapa  kita diuji kita macam ni..dan setiap ujian yg di beri pada kita Allah tahu sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapi..




Wednesday 30 January 2013

Entry tak bergambar

Assalamulaikum..

Hari ni da hari rabu..lama betul aku x hapdate blog.kebizian sket..lagipon time ada masa internet kat umah kene pancung..bila tenet da OK aku plak yg rasa nak kene pancung ..
Hmm...cuti Maulidur Rasul hari tu aku x kemana..aku join programe kat surau taman aku..Pastu sabtu kami plan nak ke Cameron Highlands..tapi las2 minit tak jadi atas sebab2 tertentu.Lagipon tak lama lagi nak g bercuti.So Weekend tu planning yg x disangka..kul 10.00 mlm buat plan nk g picnic ke Bagan Lalang...
Aku kalau bab picnic memang suke masak2.Aku buat kari hayam..sayur campur,ikan rebus goreng,carrot kek..(haa carrot kek aku yg pertama langsai walaupon pestime buat)..nanti aku share resepi.
Adik ipar aku buat sandwich telor,beli jajan,bawak air.

Pagi masa bertolak tu ..tibe2 sampai bangi terus melencong ke PD..hahaha apa punya plan daa.Sampai PD kitorang dapat port baik punya kat Teluk Kemang.Siap pasang khemah lagi ..Orang pon boleh tahan ramai.Lepas siap kemas2..makan2 solat zohor..tukar baju terjun dalam laut...pastu naik BANANANA..cuak giler sebab aku x pandai berenang.takut jatuh dalam laut..yg adik2 ipar aku seme gelak2 tgk muke cuak aku...hahah kuang hasamm.Lepas paus mandi seme..naik g bersih kan badan..then makan..lepak2 sampai 6.30 ,g beli sikit2 sourvinier utk adik2 dan anak buah terus balik.Sampai umah ,lepas kemas2 g makan berjemaah lagi ..pastu balik fengsann..apepon aktiviti kali ni memang happening giler..

Ni hujung minggu ni adik ipar aku ajak ke Melaka plak..Mggu depan cuti CNY plak..sekarang ni musim2 orang tgh melompat keriangan sebab Bonus da keluar..Aku? belum lg ..biasanya bos aku x kan bagi sekali dengan gaji sebab nampak byk duit keluar..jadi tunggu je la mggu dopan yo..samo2 lah kito berdoa biar bos kita semuo baekk hatii..murah rejeki..Amiin..



** entry kali ni tak bergambar sebab aku tertinggal kamera***