Monday 25 February 2013

Beware of Virus Kencing Tikus

Assalamualaikum...

Selamat petang kawan2..just nak share dan nasihatkan kawan2.. especially jenis2 kita yang suka makan kat luar ni...Pastikan kebersihan ye..one of my SIL uncle sedang bertarung nyawa di Hospital Serdang.(Beliau jugak sangat rapat dengan family kami). He's in coma right now.Menurut kata dr..suspek virus kencing tikus.
Semuanya berlaku sekejapan sangat.

Setiap hari bermacam dugaan dan kesakitan yg pak cik tempuhi.Da 3 hari kat Serdang,dari bengkak kaki,kemudian buah pinggang pulak kering,kemudian x boleh bercakap,kencing manis naik mendadak..kemudian turun mendadak sampai paras 3...bila kencing manis da stabil,darah pulak tak berapa elok..dan latest news smlm dia muntah darah..

Ya Allah kau sembuhkanlah pak cik zai.kasihanilah anak2 dia yg masih kecil dan sangat memerlukan kasih sayang seorang ayah.Malam ini kami sekeluarga akan adakan solat Hajat dan Bacaan Yaasin di surau untuk ayah mertua dan pak cik zai.Moga Allah sembuhi dan permudahkan segala kesakitan mereka.Amin..

Untuk kawan2..kalau minum di luar terutama kedai2 mamak...berhati2 lh ye..kalo minum air tin tu ..make sure basuh dulu bahgian atas tempat kita nak minum..Nak minum air kosong tu pon sama...kadang2 kita dihidangkan air yg x bersih taw..ni aku share sikit info untuk makluman korang..

Doakan untuk ayah mertua dan pak cik zai ye kawan..terima kasih..


LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.

Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.




CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA


Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.


SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung.

Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.

Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.


KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI


 
  • Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .
  • Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi.
  • Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.
  • Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.
  • Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir


    LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
  • Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran

    Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai.

    Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka.

    Jadi ingat-ingatlah jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.





1 comment:

  1. takutnya ..minta dijauhkan..moga Pak cik zai cepat sihat.

    ReplyDelete