Saturday 13 April 2013

PRU13

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ini hanya sekadar tulisan dan pandangan saya je..tidak berniat menjatuhkan sesiapa pon ye..Pada saya Undi itu tetap Rahsia.

Tak lama lagi akan sampai PRU13.Hak rakyat untuk memilih siapa pemimpin kita.

Ok kita sebagai rakyat berhak menentukan siapa pemimpin kita,siapa yg paling layak jadi pemimpin untuk memimpin negara kita.Tidak kisah siapapun yg kita pilih.Asalkan pilihan kita itu ikhlas dan tepat.Bukan kerana wang dan dan kesenangan sama2.Lagi2 kita yg beragama islam ni.Tentu2 kita nak hidup aman damai,tenang dan diberkati.

Tapi..yang aku agak tidak faham kenapa perlu fitnah orang,kenapa perlu maki hamun orang,kenapa perlu hasut menghasut,kenapa perlu memburuk2 kan orang ,kenapa perlu sampai membuat ugutan,bergaduh sana sini,kenapa smpai nak meroyan sana sini hanya kerana nakkan kuasa.Kita perlu balik pada siapa kita datang sebenarnya..Jangan sampai Allah tarik nikmat yg kita dapat sekarang hanya kerana perkara2 yg merugikan kita.

Nak undi siapa undi je la.buat dalam keadaan aman.Kita dok dalam negara yg aman dan damai.

Apapun saya tetap berbangga jadi rakyat Malaysia.Peace no war..

No comments:

Post a Comment