Thursday 27 September 2012

Puding Karamel Lapis Coklat

Wah wah wah..aku hari ni rajin nak update pasal makanan..xper aku share resepi yang mudah2 dan sedap hingga menjilat pinggan...hehehe
 Resepi ni aku ambik dr blog Ana Suzana.aku rajin baca blog dia ni mmg boleh jadi SIFU la..hihi (ana ,halalkan ye resepi ni ..ana comey)...kakaka...Puding ni aku da byk kali buat bila ada tetamu nak dtg umah sebab senang dan cepat siap.(PEMALAS)..jom tgk hasil aku yg x seberapa ni :-



Nah..aku share resepi..CREDIT TO PUAN Ana Comel....


Bahan:-

(A)

1 tin susu cair ideal
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
1 sudu kecil esen vanila

(B)
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A
4 sudu besar serbuk koko + 1 sudu kecil pes coklat (yg mcm esen vanila tu tp perasa coklat)

(C)

2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu


Cara Membuat:-

Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan.

Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci ..
Bahagi dua setiap adunan dan tuangkan separuh dari adunan A dalam loyang.

Kukus selama 5 minit atau hingga masak.
Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A.

Ulang A dan B berselang seli hinga habis.
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. Potong dan hidang.

SILALAH CUBA...TERSANGATLAH SEDAP DAN YUMMYYY.....NYAMAN  SEKALI...

Apam polkadot

Apam polkadot ...aku x suke makan tp kalo kawan2 aku order aku buatkan la..aku suke tang kecomelan dan warna warni die....nak buat teramat senang tp bila silap steps sket tumbuhla jerawat batu dia..yg boleh mengtensenkan orang ramai hahaha..
layankan sket hasil air tangan aku :-

Meh Aku share Resepi :
Sumber :Dapur Kak Zu(CREDIT TO KAK ZU)

bahan2

3 biji telur *aku guna telor sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar...@ 150 ml bancuhan susu tepung...150 ml air + 5 scoop susu.
3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovellete
1 tsp esen vanilla
 pandan paste @ ape2 paste disukai
pewarne hijau @ ape2 kaler

intinye....sekaya,filling,jem,inti kelape,jem coklat @ ape2 aje.

care2

1. Putar gula,telur dan ovellete hingge kembang dan berkrim...pastikan sampai putih dan pekat.
2. Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
3. Masukkan esen vanilla

4.Bahagikan kepade beberape mangkok dan kalerkan ikut kaler kesukaan anda.Boleh letak paste juga
5. Masukkan ke dalam paper cup beralaskan acuan lompang dan dot dotkan.
5. Kukus selame 10 minit .(Pastikan air kukusan tak menitik atas apam,kene sentiasa lap penutup @ balut dgn kain)

*ENTRY LAIN AKU SHARE TIPS PULAK YE.....

Nak buat apam ni kene ada kesabaran dan kepantasan ye...aku pon ntah berapa kali buat baru nk menjadi elok..bak kate orang practice make perfect.Dan sebenarnya ...kalo betul2 rajin boleh jadi sumber pendapatan.:)Selamat Mencuba..














Monday 24 September 2012

IUI for the 2nd time

Untuk catatan aku ...

Tanggal 10/9/2012-aku menjalani proses IUI untuk kali ke 2.Aku sekarang pasrah dan redho jika masih belum rezeki aku..aku pon x nak meletakkan 100% harapan distu.Sebabnya aku da byk kali frust.Jadi aku berserah ada yg Esa,cuma aku amat bersyukur sebab aku di kurniakan suami yg sangat baik dan memahami.

Aku coret sikit pengalaman proses IUI aku..

Hari pertama haid :aku ke hospital kajang,,ambil clomid (ubat subor yg perlu makan dr hari ke 2-6)tp aku skip.hehehe sebab badan aku dah naik bam bam,nafsu makan macam bela hantu raya bila makan clomid.

Hari ke 10 haid :Aku kene g buat TVS (scan dr bawah..dr masukkan sejenis alat untuk cek sama ada telor matang @pon tak.(alhamdulillah OK)So doktor suh aku datang hari ke 11 malam.

Hari ke 11  :Aku di suntik 1000mml ubat pecah telor (pebegon) x silap aku nama dia.tp kali ni aku enject kat lengan..cess sakit ya rabbi...2 hari lemah tangan aku.x leh baking2 kuih.

Hari ke 13(10/9/2012) :Kul 8.30pg aku terpacak kat depan bilik bersalin (opps kat spital kajang memang dorang buat kat bilik bersalin)lepas dapat sperma suami aku ,dorang masuk lab suma,pukul 12.45 dr mulakan proses meng"enject"sperma suami aku ke dalam rahim..(agak sakit)...alhamdulillah aku dapat dr pompuan yg sangat tiptop layanan dia.TQ Dr.Adzlina.Dan aku diberi rehat selama 2 jam kemudian aku balik umah .Dan aku diberi ubat hormon yg kene masukkan dr bawah jugak....pompuan oh pompuan...redho sajalah.

So sekarang hanya berdoa dan berserah pada Allah jika ada rezeki aku.

aku dah buat segala macam jenis rawatan..dan segala tempat pergi .Allah telah menulis setiap perjalanan hidup kita..kita merancang Dia yg menetukan.

* Pada sape2 yg terbaca blog aku..ni lah cara2 nak buat IUI...bg yg mengalami nasib sama macam aku.Boleh buat panduan.Sharing is Caring...:)


Bersawang lagi...

hmm kali ni blog aku ni..aku tinggalkan hingga bersawang,bukan setakat bersawang je...da hampir2 nak jadi rumah berhantu tak berpenghuni.Aku jadi malas dan x de insipirasi nak berblog bukan ape..terlalu sibuk dengan kekangan kerja,rawatan hospital dan mcm2.

So hari ni aku rasa macam tersangat rajin nak update umah aku ni..nak kadi hias2 sket..Aku nak mulakan kisah aku dengan kisah raya.(biarlah da basi pon,aku nak tulis jugak pedulik apa aku)..heheh..Hmm raya tahun 2012 ni agak bermakna jugak bg aku kerana..aku BERJAYA menjahit langisr utk mak aku walaupon aku ni tangan tak bedung..tp demi nak buat mak aku tersenyum aku gagah jugak..time kasih gak adik aku sudi bantu.Dengan pakatan (bkn pembangkang) hihi kami adik beradik berkongsi untuk besarkan sikit umah mak aku.bukanla besar tp selesalah sikit bila kami sume 9 adik beradik tak termasuk menantu dan cucu berkumpul.(Alamak...gambar x der sebab x ingat nak bergambar raye tahun 2012 ni)

Raya tahun ni jugak aku siap kan 7 jenis kuih untuk 3 buah rumah..(umah mak,umah MIL,dan umah aku sendiri)pon adik aku si pinie yg tolong.dan yg paling penting tart nenas aku laku..sampi buat 5 kali.

Dan tahun 2012 ni pon aku tak buat open house jugak..asik org jemput je aku mana sempat nak buat.hihihi alasan kukuh.
gambar 2 di pg syawal..jantung hati beta





Ni je yg adooo...
p/s yg paling best raya 2012  ialah perjalanan aku dr KL-PERAK-KELANTAN-KL langsung x jem...walaupon bonus kene kerat ngan bonus..xperlah redho je bukan rejeki gamoknye..