Monday 25 February 2013

Beware of Virus Kencing Tikus

Assalamualaikum...

Selamat petang kawan2..just nak share dan nasihatkan kawan2.. especially jenis2 kita yang suka makan kat luar ni...Pastikan kebersihan ye..one of my SIL uncle sedang bertarung nyawa di Hospital Serdang.(Beliau jugak sangat rapat dengan family kami). He's in coma right now.Menurut kata dr..suspek virus kencing tikus.
Semuanya berlaku sekejapan sangat.

Setiap hari bermacam dugaan dan kesakitan yg pak cik tempuhi.Da 3 hari kat Serdang,dari bengkak kaki,kemudian buah pinggang pulak kering,kemudian x boleh bercakap,kencing manis naik mendadak..kemudian turun mendadak sampai paras 3...bila kencing manis da stabil,darah pulak tak berapa elok..dan latest news smlm dia muntah darah..

Ya Allah kau sembuhkanlah pak cik zai.kasihanilah anak2 dia yg masih kecil dan sangat memerlukan kasih sayang seorang ayah.Malam ini kami sekeluarga akan adakan solat Hajat dan Bacaan Yaasin di surau untuk ayah mertua dan pak cik zai.Moga Allah sembuhi dan permudahkan segala kesakitan mereka.Amin..

Untuk kawan2..kalau minum di luar terutama kedai2 mamak...berhati2 lh ye..kalo minum air tin tu ..make sure basuh dulu bahgian atas tempat kita nak minum..Nak minum air kosong tu pon sama...kadang2 kita dihidangkan air yg x bersih taw..ni aku share sikit info untuk makluman korang..

Doakan untuk ayah mertua dan pak cik zai ye kawan..terima kasih..


LEPTOSPIROSIS adalah merupakan penyakit yang disebabkan oleh Bakteria LEPTOSPIRA.

Kalau dilihat melalui mikroskop bentuk virus ini adalah berbentuk spiral dan boleh hidup didalam air tawar selama satu bulan atau lebih. Ia tidak boleh hidup didalam air laut.




CARA PENYEBARAN KEPADA MANUSIA


Air, Tanah atau Tanaman yang telah dikotori oleh air kencing haiwan yang mengidapi leptospirosis. Ia akan memasuki ke badan manusia dengan pelbagai cara antaranya melalui mata,hidung, kulit yang melecet atau makanan yang dicemari oleh najis terutama air kencing haiwan yang telah dijangkiti Bakteria LEPTOSPIRA.


SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA JANGKITAN

Demam tinggi,menggigil, Sakit Kepala, Lesu / lemah,Muntah-muntah , radang mata, rasa nilu dibahagian betis dan punggung.

Simptom-simptom ini cuma akan kelihatan antara 4 hari ke 9 hari selepas jangkitan.

Maka adalah wajar untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan sebelum terkena.


KOMPLIKASI YANG BAKAL DIHADAPI OLEH MANGSA YANG DIJANGKITI


 
  • Pada bahagian hati akan menjadi kekuningan pada hari ke 4 dan ke 6. Kegagalan Ginjal (buah pinggang) .
  • Jantung berdebar-debar tidak menentu,membengkak dan gagal berfungsi.
  • Pada bahagian paru-paru pengidap akan merasa nyilu,batuk berdarah dan sesak nafas.
  • Akan berlaku pendarahan dalaman kerana kerosakan pada pembuluh darah pada saluran pernafasan,pencernaan,buah pinggang,alat sulit dan mata.
  • Bagi pengidap yang hamil akan berlaku keguguran dan kandungan sama ada lahir tidak cukup bulan,lahir cacat atau kandungan mati semasa lahir


    LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DIAMBIL.
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dsbnya.
  • Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
  • Dan pastikan kita hapuskan tikus-tikus yang berkeliaran

    Ikutkan banyak lagi cara-cara untuk mencegah,tetapi mungkin adakalanya kita mudah terlupa atau lalai.

    Paling mudah perkara ini berjangkit bagi aku adalah melalui Bekas Tin terutama minuman ringan yang diletak ditempat terbuka.

    Jadi ingat-ingatlah jangan main teguk jer air tuh..Cuci bahagian atas atau pun minumlah menggunakan straw.





Doakan yg terbaik

Assalamulaikum kawan2..

Tak taw nak mulakan macam mana...tapi hati agak sayu dan sedih..Baru seminggu pulang dari kampung..Smlm hubby col mek (MIL)..mek cakap kesihatan ayah(FIL) tiba2 merundum.tak nak makan,kalau makan sikit di luahkan,lepas tu ayah x nak bercakap,diam je,sistem penghadam ayah menurun,ayah cukup lemah berbanding masa kami balik mggu lepas..sihat,makan berselera.cuma dia malas nak ikut keluar jalan2 je..

Tapi semalam bila dgr berita tentang ayah,hati mula gusar.ayah seorang yg tersangat baik..Kesian mek,mek pon demam dan x sihat,adik ipar pon x sihat,..kebetulan pulak hujan turun mencurah..air naik..kesian mek nak cuci rumah,nak uruskan ayah..memang usia ayah sudah pon menjangkau 80++..tapi mata ayah dan ingatan ayah tersangat kuat..terutama soal agama.ayah jugak seorang yg sangat kelakar..Ayah dan mek jugak pasangan yg romantik.Even sampai sekarang mek selalu tanya ayah samaada ayah sayang mek ataupon tak?Ayah akan jawab sayang banyak2...Itu akan kami anak2 jadikan ikutan..

Maaflah kawan2..aku x mampu nak tulis byk2 tentang ayah..air mata aku akan laju mengalir..Marilah kita sama2 doakan agar ayah cepat sembuh..namun aku kene bersedia utk terima segala kemungkinan.


Friday 22 February 2013

Termakan Hasutan..

Alkisah berlaku tgh hari tadi....Aku ditugaskan untuk pegi pantau projek renovation opis baru aku...sambil g sana sambil aku mengular..kan tahun ni tahun ular..kena byk ular sket..kekekeke..

Bila tgk opis baru..dalam hati aku cakap x sangka bos aku yg lelaki tu dalam hati ada taman...Purple kaler opis baru aku tu..muhahahaha..aku gelak dalam hati je ..kang kene penampor arab plak..tapi sweet giler purple dia...i loikeeee...Bila nak pindah...entahla mungkin 2 bulan lg kot...jauh sket dr umah sob sob...kena bayor toll..

Ok Ok..cukup2 citer opis ...nanti aku citer lg..sambung citer aku g ngular...lepas setel keje kat opis baru..otak aku dah mula fikir ke mana arah tuju..Ok..mula2 nak g beli tutup Tupperware mak cik aku kat tupperware Bangi.Masa kat sana..aku ternampak botol air cantek..aku nak beli..sekali owner dia hasut aku sampai aku jadi member...puas aku cakap aku x minat..tak putus asa kakak ni...dia pujuk dan hasut aku macam2 ..Finally..termakan jugak hasutan kakak ni..

Maka dengan sah nya aku jadi ahli tupperware..tapi x perla ..berbaloi la dapat tupperware besar satu,botol air satu,key chain lepas tu makanan kesihatan...hentam sajalah..Lagipon barang dia memang terbukti bagus dan berkualiti..Tgk mak cik aku ni da 10 tahun tupperware dia tahan lagi..tggl penutup je tak der..So tadi aku beli jugak botol air yg buy 4 free 1 tu..
besar kan tupperware yg free tu...:)





p/s...kalo ada kawan2 yg nak order barang2 tupperware ni pon boleh jugak....hihihihi

Menge "dot" lagi


Sesi mengedot bermula lagi....... Alhamdulillah rezeki dari Allah dtg dari byk sudut...






Thursday 21 February 2013

Tanjung Dawai Pulakkk

Hah..kesah jalan2 tak habis lagi...kekekeke

Aku balik kelantan 17/2-20/2...lepas tu caw balik Perak kampung teman pulak..Gumbira betul hati bila balik umah mak....Kadang seronok jugak keje ngan cine ni dia kasi coti panjang bila time CNY..boleh jenjalan puas2..

Okla...berletior je koje ye...balik kampung aku aku bawak family aku plak jenjalan kat Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka kat Kedah.Ala macam dalam lagu tu..hehehe.Tak ler jauh nor pon dari romah mak aku..1 1/2 jam gitu kot..Tanjung Dawai ni  tempat orang nak beli segala mak nenek ikan masin,belacan dan hasil laut yg di proses..Memang morahh...Aku beli ikan kurau masin sekor besar punyaaa....untuk mak aku baru 14 hengget..kalo kat KL x dapat dik non...

Nak gi Tanjung Dawai ni kami lalau ikut Sungai  Petani..sampai Pantai Merdeka..Naik Bot  seberang laut..x jauh pon dalam 10 minit je kot..Naik bot lagi aku..aku berjaya mengawal emosi takut lepas naik perahu kat Mundok..Gini la gaye bile orang x pande beghonang. Aku ada ambik gambor untuk kenang-kenangan..
ha seme hasil laut yg freshh

yg bergantung tu seme ikan masin yg bersih dan fresh

pak cik pemandu pelancong kami..

my heroo..luv uu

seronok tgk mak dan abah gumbira ...:)

Agak ralat sebab tak dapat beli FM tanjung Dawai..sebab x der orang jual kat sini..sadis betolll....



p/s : masa jalan2 dgn family da habis...masa honeymoon berdua pulak...<3

Mundok's Trip...

Assalamualaikum..

Hari ni baru berkesempatan nak menulis..eh menaip...heehehe..

Ni cerita masa aku cuti CNY hari tuh.Selama 10 tahun kawen x pernah kami g tempat ni walaupon 1/2 je dr umah MIL.Dok asik dengar citer orang je..Ha ha ha..bunyi TRIP macam g jauh2 je kan...
Sebenarnya ni Mundok ni daerah dalam negara Thailand..berhampiran dengan Kelantan.Nak gi sini naik perahu seberang sungai dalam 5 minit x sampai..kalu kentut x sempat habis kentut dah sampai..hihihi...
Bayaran nye cuma RM1.00...murah la sebab x sempat kentut da sampai..dekat sangat..Aku pergi pulak segerombolan ipar duai..biras..mak sedara,anak sedara..laki bini suma hangkut pegi..penuh satu perahu geng kitorang..

Tempat ni tempat untuk membeli belah je...kalau sape2 yg gila tudung,toto,handbag murah..boleh la ke sini..memang berbaloi la berbanding dengan kita membeli dekat Wakaf Che Yeh../Kota Bharu.Jimat banyak.
Tudung dia cantik2 sangat...harga pon RM10-20 je..kalau kat tempat lain 40-45...nampak..jauh tak beza tu..Kalo dtg sini nak jenjalan agak x sesuai sbb x berapa menarik utk jenjalan.Yang ada sume kedai2 menjual barang2 je..

Aku x ambik gambar banyak sebab otak dah ke lain masa ni..nampak tudung mcm histeria...hehehe
pestime aku naik perahu.

biras sekepala..hantu shopping

rombongan cik kiah

tgk muke dorang ni..x nyabar nak menyopping

Cube ko tengok mak sedara suami aku yg pakai tudung berlayer2 mcm kuih lapis tu..tudung tu bersepah2 kat Mundok ni...

Tuesday 19 February 2013

Kembali dari rehat yg panjang.....

Asslaamualaikum..

Amboi amboi amboi..berkerak rumah aku ni ..lama ditinggalkan yee..

Haa ..nak ambik mood kembali nak mulakan tugas..tuhla bila da cuti lama sangat..bila nak mula kerja ..malas tahap jebon.hahahaha.

Tapi cuti kali ni..agak memuaskan hati aku..Aku bercuti sungguh sungguh..dari KL -KELANTAN-PERAK-KEDAH-PERAK-KL..


Nak buat kerja dulu ye..da coti lame2 ..x voley malas malas...nanti potong gaji..hehehe...

Nanti pelan2 aku singgah umah korang ye..


Friday 8 February 2013

MOOD KEDAUNG

Assalamualaikum korang...

Pagi ni tenang dan nyaman je rasa...hujan renyai2 pulak..mood aku plak hari ni memang kedaung..esok da cuti..mood nak balik kampung ni tak meriah sangat rasa.Hari ni pon masuk keje untuk sesi kemas,bersih2 je..Mungkin mood aku jadi mcm ni sebab smlm aku pergi jenguk keadaan seorang sahabat yg diuji sakit nya.Hmm ataupon sindrom PMS.

Dalam Seminggu Bercuti nanti pon..aku akan bercuti blog jugak..sebab malas nak usung  lappy balik kmpg..Lagipon kalau da dok kg mmg x da masa nak hapdate blog.

Ishhh kenapalah mood aku betul2 out ni ..otak aku kering kontang..mcm walfadang fasir lahh..tak ada pokok kayu eik,wal tak ada kurmak,tumpuk tumpuk taik unta..hahaha

Hmm memang tak boleh betul..aku tak da idea nak tulis...nanti aku kompol kan idea cuti seminggu aku tulis byk2 sampai muntah pelangi..hehehe



Ok korang..walaupon begitu rumah korang tetap aku ziarah..walau pon korang x hidang kuih bulan..GONG XI FA CAI...HOYE HOYEHOYE,.,,,,,


Tuesday 5 February 2013

Terima Kasih Dato 'Siti

Salam semua...

Ha aku memang nak berterima kasih pada Penyanyi Tersohor dan Usahawanita berjaya negara kita..sape lagi kalo bukan si cantik manis Dato' Siti Nurhaliza.Kenapa ?heheheh..

Kan aku ada buat entry pasal aku g PD rituh...pegi bersuka suki di sana.tapi bila 2-3 hari balik dr main panas..muka aku kena sunburn teruk..kulit menggelupas,pedih..bertompok2.Mula lah aku gelisah..x tahan pedih lagi..menggelupas macam ular nak bersalin kulit...hahaha nasib baik x jadi ular...

Pastu aku x tahan aku mintak tolong dr google carikan ubat..Sekali aku terbaca entry sorang adik manis ni,dia cakap guna minyak aloevera..aku teruja nak g beli bila tengok keberkesanan muka dia yg di post kan dalam blog dia.Pastu aku g The Mines utk jalankan misi mencari minyak aloevera.Aku terus pegi kat Watson ,terus jumpa phamarmacist (eh betul tak ejaan aku ni..lantak)..bila dia cek kulit aku..dia ckp kulit aku mmg x sesuai guna "minyak" even minyak Johnson baby pon x leh..alamak terbantut mood aku.

Pastu dia tanya aku guna produk ape..aku ckp la aku hanya guna pencuci muka,dan krim brand simply ct.terus adik manis tu suggest kat aku guna DERMAGIC BEAUTY MOISTURIZER .Sebab adik manis tu ckp produk ni lebih kepada merawat kulit.Aku pon terus capai je..

tq :dr google

Lepas aku guna ni 2 hari je...Alhamdulillah hilang sume tampok2,kulit menggelupas,yg pedih2 tu sume da x der..tinggal lagi nak pulihkan skin tone je..Ni kesan atas kulit aku ye..kulit korang aku x taw la plak..mungkin bergantung pada jenis2 kulit.kulit aku jenis x sensitif tapi salah pakai produk memang boleh jadi mcm2.

So sekarang ...aku tambah lagi satu produk siti dalam penjagaan kulit aku seharian.pada aku harga pon berpatutan..tp kalo kita nak cantik/sihat..jgnlah kita berkira2 utk diri kita sendiri.

krim C BRIGHT tu pon boleh digunakan sebagai sunblock  ..

Produk Simply siti ni memang sesuai ngan kulit muka orang asia..bedak compact dia pon x bertampok2 kalo kita berpeluh..Aku da mula jatuh chenta dgn Simply Siti ni...Aku da gunakan  produk ni hampir setahun..so far..ia sangat sesuai dengan kulit aku.Bole jadi duta tak?hahahaha mimpi dalam air la kauuu......

Monday 4 February 2013

Sakit Sendi

Assalamualaikum..

Hi korang..hmm mood agak kureng 2 3 hari ni nak menulis gara2 aku terjatuh dalam bilik air.Dugaan betul..

Korang pernah alami sakit sendi tak??..Aku ni selalu sangat kena..terutama time  nak period.perghh sakit giler..selalu aku akan kene kat lutut ataupon bahagian jari..Aku pon x leh makan organ dalam binatang mcm hati ,paru,limpa lembu...kalu aku makan je konpem sakit sendi tu menyerang.Sakit tok sah cakap la..

Cam hari ni aku paksa rela g keje..walaupon lutut aku sakit tahap x boleh nak jalan.Aku gagah jugak g keje..Nasib baik aku keje dekat ngan umah.

Hmm aku pon x taw apa jenis rawatan yg sesuai utk rawat sakit sendi ni..Aku nak try berbekam lagi sekali.Sebab aku ada terbaca berbekam ni bagus utk keluarkan darah kotor dan jugak asid berlebihan dalam badan.Aku da pernah berbekam sebelum ni..So far ,kesan nya agak bagus.Setakat ni aku ambik panadol 650 untuk bertahan sampai petang.sambil tu aku nak buat research tentang penyakit yg selalu aku kene hadap ni..tensennnnn ..yg pelik kalo gout seafood pon x leh makan kan..tp aku makan seafood byk mana pon x per...

Entahla..mungkin ujian kot...Nanti aku akan bua entry pasal bekam ye..mana taw mungkin korang semua pon tercari2 info pasal kelebihan berbekam ni kan..Nanti aku share ye....


Aku nak sambung keje yg aku tinggalkan hari jumaat lepas bertimbun2 sebelum cuti panjang....tatatititutu...

Friday 1 February 2013

Mimpi...

Assalamualaikum...

Alkisahnya sejak balik dr PD rituh aku kerap mimpi berkaitan air..Mungkin sebabnya aku tak pandai berenang..hihihhi Ya..aku memang x pandai berenang langsung..kalu dicampak ke laut memang aku tenggelamm ke dasar jadi batu karang tak pon jadi tapak sulaiman....hahahahaha..

Aku ni memang agak CUAK bila kena naik tempat tinggi2 ataupon melibatkan tempat yg paras air nye melebihi ketinggian aku..hahaha.Lantakla korang nak cakap ape.Jadi lepas balik PD rituh sampai tido 2 3 hari aku mimpi berkaitan dengan air.macam2 versi ader..Bila aku citer kat SIL aku dia cakap nak dpt rezeki..

Aku cakap kalo dapat rezeki tak pe..tapi ko terkencing tilam..parah...hahahahaha..tak senonoh kan ayat aku..lantakkk.
Tapi kan..apa yg SIL aku ckp tu betull.....memang rezeki dr Allah..:)...dptla aku selesaikan mana2 hutang yg patut..pastu sebelah petang nye aku dpt lagi satu berita gembira berkaitan rezeki jugak dr bos aku..Alhamdulillahhh..Aku bersyukur sgt..

Dan hari ni..waktu lunch tadi ada seorang "sahabat" telah memberikan satu lagi berita gembira utk aku.Alhamdulillah rezeki ketiga untuk aku dan suami di bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.

Ramai yg PM kat FB tanya adakah berita gembira tu dapat baby setelah kian lama menunggu..:)
Belum ada rezeki. Tak mengapa Allah memberi rezeki rezeki pada kita dengan pelbagai rupa.sabar dan redho.DIA ada sebab kenapa dan mengapa  kita diuji kita macam ni..dan setiap ujian yg di beri pada kita Allah tahu sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapi..