Saturday, 11 May 2013

Emas jatuh dan naik lagiiii...

Haaa.yg ni mesti ramai orang "puang "suke dengor ni..ekekeke

Baru ni dengan harga emas jatuh..jatuh byk jugak la..Lepas tahu emas jatuh je aku g servey kedai emas nak kepastian..mmg drop.Lepas tu aku g kedai biasa aku pegi tanya akan jatuh lagi ke rege mas.dia cakap belum tentu esok akan jatuh lagi ...mungkin da naik sket.So aku terus balik x cakap pape..

Tapi 3 hari lepas tu cine tu col aku cakap  Emas akan naik balik..so aku pon terus pegi malam tu jugak.Usha2 yg berkenan..Finally aku tukar gelang tangan lama aku dan rantai aku .OK la dapatla duit lebih dari harga masa beli dulu..Lebihan duit tu sikit aku beli hadiah anting-anting kat anak BFF aku.

Betul ...lepas je aku tukar 2 hari harga emas naik balik.selamattt..kalo x silap aku yg terbaru aku dengar 145/148 gitu la..tak tau kalu naik lg sehari 2 ni.

Pada aku emas ni satu aset untuk kecemasan kita jugak..sebab..bole guna bile2 je bila terdesak.dari beli gajet2..hp canggih manggih..baju mahal2..baik beli emas.xkan rugi.Tapi kalo orang duit melempah-lempah tak pe la..hihihihi..

jom cuci mata : kedai emas google

p/s : bila tgk emas terkenang hari raya .....................ohhh x lama lagii.....






Friday, 10 May 2013

Coretan Akhir...

Bismillahhirrahmanirrahimm


Hmm tulisan akhir aku berkenaan PRU baru2 ni...Byk kenangan PRU 2013 ni..pahit manis seme ade..
Aku tahun ni ikut suami balik mengundi.last minit planning nak balik pon.kami bertolak pukul 5 ptg dr kajang sampai Pasir Mas pukul 3 pagi.(hari mengundi).(10 jam perjalanan  tapi kami berhenti solat ,berhenti isi minyak,berhenti makan)...Tapi aku dah x kisah sebab sejak 10 tahun kawen mmg perjalanan balik kampung suami +/- pon lebih kurang je masa 8/9/10 jam kalo x jem lahhhh.

Kami balik pon seme orang x taw ..terkejut MIL..bila bukak pintu tgk ktrg congok depan umah.Pagi hari mengundi aku ngan biras round kg tengok suasana mengundi di tempat orang,,,memang meriah giler..Kejap je  da siap undi ..kami pon berarak balik umah..hehehe..

Balik rehat2,masak2,makan2..pastu zzzzzzzzz..sempat la g beli2 barang kat Port Shopping ..Pasar Pasir Mas.Kali ni sedap sket aku shopping sebab suami dapat duit untuk pengundi luar balik kampung 350.00 dari Ketua Kampung.lepas la minyak /toll.

Balik kelatan kali aku x sempat nak ke wakaf che yeh,mundok dan rantau panjang.penat.
Hari isnin kami da bertolak balik KL..tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sumpah penat tahap nak mati...dari kelantan -terengganu-KL = 15 jam perjalanan....puiiiiiiiiiii...muntah oren aku..Esok coti..so aku nak cover penat aku..tidor aku...nk rehat betul222.

Apapon alhamdulillah selesai sudah semuanya..harap2 jangan kita bermusuh-musuhan kerana parti politik.Allah ciptakan bumi yg luas ni utk di kongsi bersama.

Tuesday, 30 April 2013

30.4.2013

Assalamualaikum...

Salam penghujung April..tak lama lagi nak puasa dah haishhh..

Maaflah sekarang ni aku TAK MAMPU nak hapdate blog selalu..sebab byk urusan perlu di bereskan semenjak aku pindah opis ni.

Asik berkejar kejar dengan masa jer..Bila da pindah opis..semua kerja aku bertambah..Sejak seminggu aku di sini..aku x berkesempatan untuk pegi lunch kat luar..Mujurla en suami sudi hantar makanan time lunch.
Balik keje pon lewat..

Weekend pulak..Hari Sabtu aku spend time untuk kemas rumah dan jalankan hobi masak aku. dan Hari Ahad lagi aku spend kan masa aku dengan en somi je..Lepas suboh g joging kat taman tasik.Balik breakfast sama2,pastu rehatt dan masak utk lunch..pastu membuta/layan movie.sampai petang.Kadang2 kuar shopping apa yg patut..tapi kadang2 yg tak patut pon terbeli jugakss..

Hmm aku rasa korang pon sama macam aku kan..tu je la rutin bila da berumahtangga.Ok la korang aku pon da kering idea nak nulis...sebabnya hari ni closing...bertimbun file atas meja menunggu masa utk dibereskan.

Aku doakan kalian semua sihat sejahtera dan sentiasa murah rezeki...amin amin amin...


Thursday, 18 April 2013

Taraaaaa





Entry peram lagi...hahah..
Mempersembahkan hasil godek2 didapur..LONTONG versi sendiriiii
Jom share resepi.(untuk 4-5 orang mkn) :-


  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 biji kelapa (ambil santan )kalo malas beli santan kotak jee..
  • carrot  / kobis / kacang panjang (aku suka lebihkan sayur dlm apa jua masakan)
  • 1 peket tempe
  •  suhun + phu cuk (ni pon jgn letak byk sgt nanti kembang x der kuah)
  • serbuk kunyit
  • garam dan perasa.
Cara2 senang je :-
  • tumis bawang putih dan merah sampai wangi.
  • masukkan santan cair sampai menggelegak baru masukkan santan pekat
  • kemudian masukka serbuk kunyit sikit 
  • Masukkan suhun dan phu cuk dan tempe
  • last sekali masukkan sayur2 dan garam dan perasa.Biarkan sayu layu sikit terus tutup api.Siappp.
Boleh la dihidangkan bersama telor rebus,sambal bilis.Pastu sediakan kuah kacang sekali...MELETOPPP..
Gambor bersama kuah kacang x sempat nak snap..seme serang mcm piranha je dahh..





Saturday, 13 April 2013

PRU13

Bismillahhirrahmanirrahim..

Ini hanya sekadar tulisan dan pandangan saya je..tidak berniat menjatuhkan sesiapa pon ye..Pada saya Undi itu tetap Rahsia.

Tak lama lagi akan sampai PRU13.Hak rakyat untuk memilih siapa pemimpin kita.

Ok kita sebagai rakyat berhak menentukan siapa pemimpin kita,siapa yg paling layak jadi pemimpin untuk memimpin negara kita.Tidak kisah siapapun yg kita pilih.Asalkan pilihan kita itu ikhlas dan tepat.Bukan kerana wang dan dan kesenangan sama2.Lagi2 kita yg beragama islam ni.Tentu2 kita nak hidup aman damai,tenang dan diberkati.

Tapi..yang aku agak tidak faham kenapa perlu fitnah orang,kenapa perlu maki hamun orang,kenapa perlu hasut menghasut,kenapa perlu memburuk2 kan orang ,kenapa perlu sampai membuat ugutan,bergaduh sana sini,kenapa smpai nak meroyan sana sini hanya kerana nakkan kuasa.Kita perlu balik pada siapa kita datang sebenarnya..Jangan sampai Allah tarik nikmat yg kita dapat sekarang hanya kerana perkara2 yg merugikan kita.

Nak undi siapa undi je la.buat dalam keadaan aman.Kita dok dalam negara yg aman dan damai.

Apapun saya tetap berbangga jadi rakyat Malaysia.Peace no war..

Friday, 12 April 2013

Ohh Jumaat

Assalamualaikum..

Da hari jumaat da hari ni..sekejap je masa berlalu..Esok sabtu cuti..tapi cuti dari pejabat je..kerja surirumah tetap berjalan macam biasa.Xperla kutip pahala sementara masih ada.heheheh

Hari ni sedap aku bizi ber whatsap2 dgn group sekolah aku..tetibe je bercerita pasal menu bfast..Aku macam besalah..1 sudu madu,1 gelas susu dan tmabahan lemak kek lapis sarawak yg masih berbaki lagi tu....Sekali kawan aku bgtaw menu bfast dia...LONTONG.Bila dia sebut lontong of coz la aku teringat padanan dia NASI IMPIT/KUAH KACANG...
Alamak.......terliur la pulak..terliur sangat2...Siap aku bayangkan lagi aku tgh makan lontong dan nasi impit kuah kacang tu.slrppppp...gile sedapp...Nak2 pulak dalam kuah kacang tu ada daging cincang..wallaaaa..
Masalah yang paling besar dalam hidup aku ialah...kalau aku nak..x menyempat2..dan selagi tak dapat selagi tu akan terfikir2/terbayang2....

alahai  nasi impit kuah kacang.....

menangess aku tgk gambar ni....

sumber gambar : chef google..tqq

p/s : by hook or by crook cuti weekend ni aku nak buat jugakk...


Thursday, 11 April 2013

Tetamu Oh Tetamu

Assalamulaikum ..

Hari ni aku nak menulis pasal TETAMU..ye tetamu yang tak diundang ni dan asik bertandang ni..Memang tetamu tu pembawak rezeki pada kita tapii....kalau tetamu tu tinggal dirumah kita sampai melebihi 3 hari dan kerap bertandang ke rumah kita setiap minggu ini boleh mendatangkan rasa tidak selesa pada tuan rumah.kan kan kan..Dan sepatutnya tetamu tu kena tahu adab dia bila menjadi tetamu.kena jugak hormat sikit pada tuan rumah.Tapi kalo dan dok umah orang lebih dari 3 hari dan tiap2 mggu dtg ..


  • Pastu tetamu yg jenis tak leh tengok orang lebih ni..tuan rumah cakap sikit je..dah bertambah menggunung citer nak lawan..nampak rumah ada barang baru sikit..komen nye macam2..
  • Dan lagi satu yg jenis suke komen yg tak berapa membina pasal masakan tuan rumah.Rasa nak lempang laju2 je kan...
  • Lagi tetamu yg datang umah suke tunjuk muke yg tak berapa nak hensen dan cantik...suke tarik2 muke..ishh lagi rasa nak lempang 
  • Dan yang paling benci ialah tetamu yang mengumpat tuan rumah dalam umah yg dikunjungi.Tak kisahla dgn suami dia ke,dengan adik beradik dia ke..tapi ko tetap tetamu hokey..Yang ni kalo kantoi depan mata aku memang aku halau dan dan tu jugak la..

Aku memang suke orang dtg umah aku..tapi ada had dan batasan nye jugakla kan.Cer tengok adab2 menjadi tetamu ni.sama2 buat kita jadikan panduan.(kata2 pedoman ni aku copy paste je ye..pinjam dari google buat panduan kita)


  • Jika kita dijemput ke rumah seseorang, maka kita sahajalah yang patut pergi tanpa membawa orang lain melainkan setelah mendapat persetujuan dari orang yang menjemput.
  • Nabi s.a.w tidak pernah menghampakan harapan orang yang menjemputnya untuk makan di rumah mereka.
  • Betulkan niat kita apabila menjadi seorang tetamu iaitu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
  • Semasa berada di rumah yang menjemput kita sebaik-baiknya janganlah masuk ke dalam rumahnya sehinggalah kita disuruh berbuat demikian.
  • Apabila masuk ke rumahnya, duduklah ke arah yang menuju ke luar rumah bukan ke arah dapur atau ke bilik mereka.
  • Mata kita janganlah terlalu liar memandang ke seluruh kawasan rumahnya dan mulut kita janganlah terlalu ramah menanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.
  • Apabila hidangan diletakkan, biarlah ianya diletakkan di mana-mana yang dikehendaki oleh tuan rumah dan tidak perlu bagi kita mengubahkannya ke tempat lain kecuali jika tuan rumah meminta kita berbuat demikian.
  • Makanlah setelah tuan rumah memulakannya atau dia menjemput kita berbuat demikian.
  • Sama ada makanan yang dihidangkan itu sedap atau tidak, maka sebaik-baiknya hendaklah kita zahirkan sesuatu yang boleh menyenangkan tuan rumah.
  • Makanlah rnakanan yang berdekatan dengan kita tetapi jika makanan yang dihidangkan itu berjenis jenis, maka tidak ada salahnya kita mengambil dari mana-mana arah.
  • Janganlah menampakkan yang kita terlalu lapar atau gelojoh dengan berebut-rebut sehingga memalukan. Sebaliknya makanlah dengan tertib dan perlahan-lahan.
  • Jika di rumah orang miskin maka zahirkan rasa syukur dan jangan komen apa-apa pun. Sebaliknya jika di rumah orang kaya maka janganlah seperti pelanduk masuk kampung.
  • Apabila makanan dihidangkan maka makanlah dengan tertib dan bacalah doa-doa waktu makan dan doa sebagai tetamu
  • Setelah selesai keperluan kita sebagai tetamu maka hendaklah segera mengundurkan diri kerana memberi kerehatan kepada tuan rumah. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.
  • Jika kita menjadi tetamu kepada orang alim, maka lebih banyak mendengar nasihat dan mendapatkan ilmu darinya, sebaik-baiknya bawalah hadiah untuknya.