Showing posts with label HSG. Show all posts
Showing posts with label HSG. Show all posts

Thursday, 8 December 2011

TVS

Apa tu TVS(Transvaginal scanning)?Proses yg aku lalui selepas HSG.TVS ni adalah dr akan masukkan sejenis alatan ke dalam rahim untuk cek size dan kematangan telor kita.
Sebelum buat TVS ni,aku kene makan clomid (ubat subur -100gm) untuk hari ke2 period hingga ke 6.tak ada masalah bg aku..cuma masalahnya perut asik mintak di isi jer..tgh malam pon bangun tibai nasi..nak cepat bley pegi panaskan lauk dalam microwave.nasi pon aku hentam panaskan dalam tu.NAMPAK??? malas takk...hihii
Ok..Habis clomid ,hari 9 period aku pegi spital buat TVS.Dr ckp size telor aku baru 12mm x 10mm.Size Ideal yg dia nak 17mm and above.So aku kene pegi lg hari ke 11.
Hari ke-11,dr cakap ada satu sahaja yg membesar ke 15mm yg lain 12mm.SO kene datang lagi hari ke 13.
Hari ke-13,jatuh pada hari Ahad,pukul 10pg aku sambapi sana,Dr cek ,wahh sudah membesar 20mm.So malam tu aku akan di inject dekat B.....T ubat untuk penetasan telor untuk proses IUI pada hari Selasa pagi.Aku balik je dr spital...kul 1.30ptg..boleh pelak petang tu aku g join tournament bowling kat metro point kajang..Gigih walaupon mr hubby pot pet..tp bebaloi la jugak aku dpt no 3..
Balik rumah je ...terus mandi,solat..zzzzzzzzz.Tepat pukul 10.05mlm,aku g inject ubat penetasan telur tu kat spital.Lepas Inject,terus balik umah..
Tunggu debaran pagi selasa.............gambar takde  untuk proses ni..heeeee.

Hysterosalpingogram aka HSG

21/10/2011 ~ Perjalanan dan ujian untuk aku bergelar soorang ibu seperti insan lain terus berjalan seperti biasa.Setelah 8 tahun usia perkahwinan tanpa cahaya mata..penyeri hidup..aku nekad untuk tempuh segala kesakitan untuk melihat suamiku bahagia.Mungkin orang lihat aku sentiasa ketawa dan ceria..tapi dalam hati Hanya Allah yg tahu betapa sedihnya aku..
Nekad tak mahu lagi menumpang kasih sayang anak orang lain kerana byk SUKAR  dari SUKA.Kali ni aku ingin berusaha dan berusaha.selebihnya aku serah pada Allah.
Sebenarnya awal tahun 2011 hr tuh lg aku da mula sambung rawatan di HKJ.Rawatan2 lain aku malas citer sebab asik keluar masuk jumpa doktor jer.Aku citer yg extrem je sebab mungkin pengalaman aku boleh bantu orang lain.
So,21/10/2011 hr tu HKJ mintak aku ke Hospital Serdang untuk jalani HSG ni.Doktor cakap proses ni X-ray je.so aku imagine mcm x-ray biasa.pg jumaat lepas subuh..siap2 terus ke Serdang.Aku orang pertama kene panggil.Xcited aku masuksekali nurse tu suruh salin pakaian.aku Ok je lagi.
Bila dia mulakan proses dia tu..MASYAALLAH..sakitnye..4 kali injection.. 3 kali inject di tangan.adoii..menangis x keruan aku.Memang x la aku nak buat lagi..Lepas buat dia ada bleeding sket mcm peot.kawan aku cakap ko nak rasa sakit beranak itulah dia.
Rasa tak selesa di ari2 3 4 hari la jugak.nasib baik mr hubby sangat baik hati untuk jadi Pak Bidan.Proses dia x lama .lebih kurang 30-40 minit siap.tapi sakitnya....adoiiiiiiiii ngeriii
Ok tamatlah kisah HSG aku..tunggu result pulak..Next entry plak kisah selanjutnya...layan gambr 18sx sket..hihhi(untuk ingatan dan jugak panduan akan datang)


sumber :Dr. google





INFO :Kaedah HSG ni dibuat untuk memerika saluran tiub tersumbat @ tidak.sambil itu ada pendapat dr mengatakan..ada orang boleh terus hamil lepas buat kaedah ni.