Thursday 11 April 2013

Tetamu Oh Tetamu

Assalamulaikum ..

Hari ni aku nak menulis pasal TETAMU..ye tetamu yang tak diundang ni dan asik bertandang ni..Memang tetamu tu pembawak rezeki pada kita tapii....kalau tetamu tu tinggal dirumah kita sampai melebihi 3 hari dan kerap bertandang ke rumah kita setiap minggu ini boleh mendatangkan rasa tidak selesa pada tuan rumah.kan kan kan..Dan sepatutnya tetamu tu kena tahu adab dia bila menjadi tetamu.kena jugak hormat sikit pada tuan rumah.Tapi kalo dan dok umah orang lebih dari 3 hari dan tiap2 mggu dtg ..


  • Pastu tetamu yg jenis tak leh tengok orang lebih ni..tuan rumah cakap sikit je..dah bertambah menggunung citer nak lawan..nampak rumah ada barang baru sikit..komen nye macam2..
  • Dan lagi satu yg jenis suke komen yg tak berapa membina pasal masakan tuan rumah.Rasa nak lempang laju2 je kan...
  • Lagi tetamu yg datang umah suke tunjuk muke yg tak berapa nak hensen dan cantik...suke tarik2 muke..ishh lagi rasa nak lempang 
  • Dan yang paling benci ialah tetamu yang mengumpat tuan rumah dalam umah yg dikunjungi.Tak kisahla dgn suami dia ke,dengan adik beradik dia ke..tapi ko tetap tetamu hokey..Yang ni kalo kantoi depan mata aku memang aku halau dan dan tu jugak la..

Aku memang suke orang dtg umah aku..tapi ada had dan batasan nye jugakla kan.Cer tengok adab2 menjadi tetamu ni.sama2 buat kita jadikan panduan.(kata2 pedoman ni aku copy paste je ye..pinjam dari google buat panduan kita)


  • Jika kita dijemput ke rumah seseorang, maka kita sahajalah yang patut pergi tanpa membawa orang lain melainkan setelah mendapat persetujuan dari orang yang menjemput.
  • Nabi s.a.w tidak pernah menghampakan harapan orang yang menjemputnya untuk makan di rumah mereka.
  • Betulkan niat kita apabila menjadi seorang tetamu iaitu semata-mata untuk mencari keredhaan Allah.
  • Semasa berada di rumah yang menjemput kita sebaik-baiknya janganlah masuk ke dalam rumahnya sehinggalah kita disuruh berbuat demikian.
  • Apabila masuk ke rumahnya, duduklah ke arah yang menuju ke luar rumah bukan ke arah dapur atau ke bilik mereka.
  • Mata kita janganlah terlalu liar memandang ke seluruh kawasan rumahnya dan mulut kita janganlah terlalu ramah menanyakan soalan-soalan yang tidak sepatutnya. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.
  • Apabila hidangan diletakkan, biarlah ianya diletakkan di mana-mana yang dikehendaki oleh tuan rumah dan tidak perlu bagi kita mengubahkannya ke tempat lain kecuali jika tuan rumah meminta kita berbuat demikian.
  • Makanlah setelah tuan rumah memulakannya atau dia menjemput kita berbuat demikian.
  • Sama ada makanan yang dihidangkan itu sedap atau tidak, maka sebaik-baiknya hendaklah kita zahirkan sesuatu yang boleh menyenangkan tuan rumah.
  • Makanlah rnakanan yang berdekatan dengan kita tetapi jika makanan yang dihidangkan itu berjenis jenis, maka tidak ada salahnya kita mengambil dari mana-mana arah.
  • Janganlah menampakkan yang kita terlalu lapar atau gelojoh dengan berebut-rebut sehingga memalukan. Sebaliknya makanlah dengan tertib dan perlahan-lahan.
  • Jika di rumah orang miskin maka zahirkan rasa syukur dan jangan komen apa-apa pun. Sebaliknya jika di rumah orang kaya maka janganlah seperti pelanduk masuk kampung.
  • Apabila makanan dihidangkan maka makanlah dengan tertib dan bacalah doa-doa waktu makan dan doa sebagai tetamu
  • Setelah selesai keperluan kita sebagai tetamu maka hendaklah segera mengundurkan diri kerana memberi kerehatan kepada tuan rumah. Jangan sekali-kali menyusahkan tuan rumah.
  • Jika kita menjadi tetamu kepada orang alim, maka lebih banyak mendengar nasihat dan mendapatkan ilmu darinya, sebaik-baiknya bawalah hadiah untuknya.




3 comments: