Apa yg aku cuba sampaikan ni adalah berkaitan MLM atau Multilevel..tak kisahla jual produk ape pon..aku memang tak berminat langsung nak melibatkan diri.Sebenarnya sebelum ni aku pernah keje kat salah sebuah syarikat MLM yg agak GAH..Jawatan aku kat situ Executive Pusat Servis..jadi segala masalah berkenaan hal pengedar/centre/kedai mestilah berhubung dgn aku..dan aku akan cuba selesaikan.Sepanjang aku berada di "situ"..aku perasan terlalu ramai orang melayu kite yg ada berjaya dalam bisnes sendiri (bisnes yg dorang buat sendiri) mudah sangat PERCAYA janji manis utk melabur dalam MLM..bukan sikit2..selalunya (RM50-150k)kes penipuan yg pernah aku handle.bila aku tanya kenapa jadi mcm tu..byk jawapan yg tak logik diberi pada aku..Aku pon pelik..tokey mas pon bole labur duit mcam tuang air..last2 tersungkur..
Jadi sebagai orang yg pernah berada belakang tabir MLM ni..aku nasihatkan pada rakan semua JAUHkanlah diri anda.Nak cepat kaya,usahala dengan cara yg lebih barakah..Aku x cakap MLM ni x berkat ke ape..cuma seperti yg aku cakap tadila..atas pengalaman aku.Buat MLM ni byk orang Sumpah kita dan banyak musuh dari kawan..Yang Berjaya akan terus berjaya..Yg jatuh akan terus tertiarap.Aku x pernah join MLM tapi aku berada di belakang tabir selama hampir 4 tahun..aku sangat arif tentang "kehidupan" dunia MLM.Berfikir panjanglah dulu sebelum buat keputusan nak kaya cepat tu..takut tersungkur pon cepat.Sekali lagi ..aku menulis berdasarkan pengalaman..aku.
aku pun xberminat lagi ngan MLM ni..
ReplyDelete