Wednesday 27 March 2013

Moh kite renung2 kan


Carilah ilmu walau ke negeri china sekalipun..
[Sayidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya tentang Ilmu (agama) dan Harta]

Ilmu lebih utama daripada Harta:

۞ Ilmu pusaka/warisan para Nabi, sedangkan harta pusaka/warisan Qarun dan Fir’aun

۞ Kerana ilmu itu menjagamu (dari maksiat), sedangkan harta, engkau yang harus menjaganya.

۞ Harta itu bila engkau berikan menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau berikan malah bertambah.

۞ Harta diberi akan semakin berkurang tapi ilmu diberi akan semakin bertambah.

۞ Orang ada harta kedekut tapi orang ada ilmu pemurah.

۞ Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu itu temannya banyak (murid/pengikut).

۞ Pemilik harta dibenci dan diketawa oleh orang-orang yang hasad dengki (akibat dirompak, hilang, dsb), sedangkan orang berilmu jika tiada akan dirindui dan ditangisi pemergiannya.

۞ Kerana di Akhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafa’at dari ilmunya.

۞ Harta akan hancur kerana lama ditimbun zaman, tetapi ilmu tidak akan rusak dan musnah walau ditimbun zaman.

۞ Harta membuat hati seseorang menjadi keras (bercampur halal & haram), sedang ilmu malah membuat hati seseorang menjadi bercahaya.

۞ Kerana pemilik harta mengaku menjadi Tuhan atau menjadi hamba Harta akibat harta yang dimilikinya (sanggup lacur diri kerana menurutinya), sedang orang yang berilmu justeru mengaku sebagai hamba Tuhan kerana ilmunya.

2 comments:

  1. Nice sharing Makcik...
    baik banyak kan ilmu dari harta kan?
    kekadang tanpa ilmu harta yang banyak akan habis juga...betul tak mokcik???:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)..betul tu mak cik...xper kita share sama dpt manfaat ..

      Delete