Monday 4 March 2013

Al-Fatihah~ Dalam Kenangan.

Assalamualaikun  sahabt2 semua..

Dalam Kenangan Zainuddin Bin Mat Jan ~260866-020313..Al Fatihah.

Maaf lama aku x update blog aku.aku hilang inspirasi akhir2 ni disebabkan byk perkara berlaku .
Untuk pengetahuan korang pak zai (yg aku cerita kat SINI ) telah kembali ke rahmatullah kelmarin SABTU 2/3/2013 jam 2.05 ptg di ICU Hospital Serdang.Arwah menghembuskan nafas terakhir setelah hampir 3 mggu bertarung nyawa akibat Virus Kencing Tikus.Dan Penyakit yg sebelum ni dr katakan hanya suspek sahaja akhirnya di sahkan pada pagi sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.Beliau meninggalkan 4 orang anakdan seorang isteri.Dan kami semua berada disisi arwah hingga ke saat2 akhir .

Dan paling membuatkan aku sedih pak cik meninggalkan mak iti di hari Ulang Tahun Perkahwinan mereka.Hari yg sepatutnya meraikan bersama  tapi Allah lebih menyayangi.

Alhamdulillah segala urusan pengkebumian berjalan dgn lancar sekali.Insan yg paling sedih selain isteri arwah ialah nenek..Air mata aku asik deras mengalir bila nampak wajah sedih nenek yg terpaksa terima kehilangan seorang lagi anak kesayangannya setelah genap setahun arwah mak teh (kakak pada arwah pak zai) meninggal pada bulan Mac 2012.
 Jenazah pak cik di kebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara Selepas Isyak .Tak Jauh dr pusara kakaknya.

Semoga arwah pak cik tenang dan damai di sana.Moga sentiasa di cucuri rahmat dan dilindungi dr siksa api neraka.Kami pasti merindui pak cik dan mak teh.Moga Mak iti dan anak2 diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh segala dugaan akan datang...


Ucapan Takziah juga pada keluarga2 yg kehilangan insan tersayang dalan kejadian di Lahad Datu Sabah.Semoga segera berakhir pertumpahan darah yg berlaku di sana.Ya Allah,Selamatkan lah Rakyat serta Pejuang2 kita di sana.


AL FATIHAH....




2 comments:

  1. salam takziah utk keluarga arwah

    moga rohnye tenang di sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ann.aminn..masih dalam mood bersedih..

      Delete